30 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Mustahil Syarikat Luar Kuasai FGVH, Kata Isa Samad

JERANTUT, 7 April  — Syarikat dari luar tidak mungkin menguasai Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) pada bila-bila masa sekalipun memandangkan peratus saham yang ditawarkan kepada mereka sangat kecil, kata Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad.

Beliau berkata Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan terus menjadi pemegang saham terbesar FGVH, selain syarikat-syarikat pelaburan milik kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad, Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, yang turut ditawarkan saham.

“Satu perkara yang mustahil untuk syarikat atau orang luar menguasai FGVH memandangkan hanya beberapa peratus saja kita peruntukan untuk syarikat luar negara yang boleh menyertai dan membantu kita dalam perniagaan pada masa akan datang.

“Kita telah pastikan peratus yang diperuntukkan untuk KPF, institusi pelaburan biasa dan pihak kerajaan negeri, yang menjadikan peratusan itu masih dikuasai pihak kita, Insya-Allah FGVH akan selamanya milik kita dan terus menjadi syarikat milik orang Melayu,” katanya kepada pemberita pada majlis bersama warga Felda Wilayah Jengka di Felda Kota Gelanggi 1 di sini hari ini.

Mohd Isa berkata penstrukturan saham untuk syarikat luar itu kini di peringkat akhir pemilihan, iaitu syarikat yang dilihat paling sesuai memiliki saham FGVH berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata selain seramai 112,635 peneroka yang menjadi anggota KPF yang turut diberikan peratusan saham-saham tersebut, peneroka yang menolak penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia turut diberikan saham berdasarkan status mereka sebagai peneroka Felda.

“Mereka ini akan turut diberikan saham walaupun ada peneroka lain marah, tapi kita kena beri juga sebab mereka peneroka, sama ada mereka yang menentang ini akan jadi anggota KPF atau tidak, biarlah anggota KPF sendiri yang tentukan,” katanya.

Mohd Isa berkata golongan yang menentang penyenaraian itu kini semakin berkurangan kerana ramai dalam kalangan mereka sudah mula memahami tujuan penyenaraian dan manfaat untuk mereka.

Bagaimanapun katanya, sesi penerangan mengenai penyenaraian itu akan diteruskan bagi memberi pemahaman, terutama tentang faedah yang bakal dinikmati oleh peneroka.

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan