24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

Musuh sebenar Anwar ialah krisis dalaman PKR, kata Kit Siang

anwar-kit-siang-ipoh-timor
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini buat pertama kalinya mengaku wujud masalah dalaman dalam Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat dan membayangkan masalah itu sekiranya berterusan boleh membawa kepada kekalahan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang.

“Musuh sebenar Datuk Seri Anwar dalam pilihan raya kecil Kajang bukannya calon bebas, MCA atau UMNO tetapi perselisihan dan masalah dalaman PR/PKR,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan media.

Katanya,ada “alasan untuk bimbang berhubung beberapa perkembangan dalam Pakatan Rakyat dan PKR di Selangor kebelakangan ini.”

“Dalam pilihan raya kecil Kajang, kita hanya boleh kalah dan terjejas kerana masalah kita sendiri.”

Kit Siang menyeru sekutu dalam Pakatan Rakyat — dalam PKR, PAS dan DAP — untuk merapatkan barisan dan mengetepikan perbezaan.

Katanya, ini bagi memastikan Pakatan Rakyat tidak melakukan kesilapan sendiri sehingga “menafikan anak cucu peluang yang datang sekali dalam setengah abad untuk perubahan politik di Putrajaya.”

“Marilah kita berdepan dengan realiti yang pahit bahawa kekalahan dalam pilihan raya DUN Kajang iaitu gagal mencapai kemenangan yang bersejarah, tidak boleh diketepikan.

“Kita tidak mesti lupa kata-kata Abraham Lincoln: Rumah yang berpecah belah tidak akan boleh tegak berdiri,” katanya.

Kenyataan Kit Siang ini menyusul desas-desus mengatakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sedia mencabar Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Perkembangan ini dilihat kemuncak pergeseran antara dua pemimpin PKR di Selangor itu yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Pilihan raya kecil DUN Kajang ini diadakan susulan perletakan jawatan ADUN Lee Chin Cheh daripada PKR yang dikatakan ada kaitan dengan krisis politik dalaman PKR Selangor itu dan usaha meredakan pergeseran antara Khalid dan Azmin.

Berita Berkaitan

Agong isytihar Batu Sapi darurat, PRK batal

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...