Mutakhir Najib arah persiapan bawa pulang 4,000 penuntut dari Mesir - pakdin.my

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mengarahkan semua pihak bersiap sedia untuk membawa pulang lebih 4,000 pelajar Malaysia di Mesir berikutan keadaan kekacauan politik semakin meruncing.

“Segala persiapan sudah dibuat memandangkan kita tidak tahu keadaan di sana dan tidak tahu apa yang akan berlaku sehari dua ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pekan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di sini, pagi ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sedondon memakai baju Melayu berwarna hijau muda.

Lebih 80,000 orang hadir di majlis rumah terbuka yang menyediakan lebih 200 kiosK pelbagai juadah makanan.najib-pekan

UTAMAMutakhir Najib arah persiapan bawa pulang 4,000 penuntut dari Mesir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium