Nahas Bas: Mayat 13 Rakyat Malaysia Dibawa Pulang Menggunakan Pesawat C130 TUDM - pakdin.my

bas-pelancung-malaysia-nahas-chiang-rai

CHIANG MAI: Mayat 13 rakyat Malaysia yang terkorban dalam kemalangan bas di sini Ahad lalu mungkin akan dibawa pulang lewat hari ini.

Pegawai-pegawai di Kedutaan Malaysia memberitahu pemberita di Hospital Maharaj Nakhon Chiang Mai bahawa pegawai-pegawai Thailand cuba untuk mengakhiri sesi temuramah dengan ahli keluarga mangsa pada Selasa.

“Mereka juga akan cuba untuk menyiapkan kertas kerja yang diperlukan.

“Jika itu diselesaikan maka mayat-mayat boleh diterbangkan keluar dari sini hari ini,” kata seorang pegawai kedutaan.

Dua pesawat Hercules C130 – sebuah oleh Tentera Udara Malaysia (TUDM) dan sebuah lagi oleh kerajaan Thailand telah bersiap sedia untuk membawa mayat ke Lapangan Terbang Senai di Johor.

Semua mangsa yang terkorban adalah dari Batu Pahat, Johor.

Waris berada di hospital untuk memudahkan prosedur polis. Mereka telah ditemuramah oleh polis dan jabatan forensik hospital.

Proses mengenal pasti mayat dan barang-barang peribadi mangsa sedang dijalankan.

Sementara itu pesawat Hercules TUDM dijangka berlepas dari pangkalannya ke Chiang Mai pada pukul 5 petang Selasa bagi membantu membawa pulang mayat 13 rakyat Malaysia.

Tentera Udara Diraja Thailand juga telah menyediakan pesawat untuk membawa pulang mayat-mayat.

“Ketua Angkatan Tentera Thailand melanjutkan penggunaan pesawat itu semasa lawatannya semalam sebagai tanda simpati dan solidariti.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan yang ditunjukkan beliau,” kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Zulkifeli Mohd Zin kepada pemberita di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera, Selasa.

UTAMABERITANahas Bas: Mayat 13 Rakyat Malaysia Dibawa Pulang Menggunakan Pesawat C130 TUDM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium