Nahas Helikopter Di Pakistan: Taliban mengaku bertanggungjawab tembak jatuh - pakdin.my

Nahas turut mengorbankan isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan

nahas-helikopter-pakistan

GILGIT: Pihak Taliban mengaku bertanggungjawab menembak jatuh helikopter tentera yang mengorbankan enam orang termasuk duta Norway dan Filipina.

Malah mereka berkata, Perdana Menteri, Nawaz Sharif adalah sasaran sebenar.

“Helikopter itu ditembak oleh peluru berpandu anti pesawat yang mengorbankan juruterbang dan ramai duta asing,” kata kenyataan dalam bahasa Urdu yang die-mel oleh jurucakap mereka, Muhammad Khorasani.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan untuk mengesahkan dakwaan berkenaan tetapi wilayah Gilgit-Baltistan di utara Pakistan, tempat helikopter itu terhempas tidak dikenal pasti sebagai kubu kuat pertubuhan militan.

Sementara itu, kenyataan pejabat Sharif berkata, pesawat perdana menteri dalam penerbangan ke wilayah Gilgit pada masa kejadian berkenaan tetapi berpatah balik ke Islamabad selepas berita nahas helikopter itu disiarkan.

UTAMADUNIANahas Helikopter Di Pakistan: Taliban mengaku bertanggungjawab tembak jatuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium