Home / :: BLOG :: / Nahas Helikopter: Ismail Sabri sempat bergambar bersama JJ

Nahas Helikopter: Ismail Sabri sempat bergambar bersama JJ

nahas-helikopter-jamaluddin-jarjis-2

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih terperanjat kerana Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang sempat bergambar bersama-samanya di majlis perkahwinan anak Perdana Menteri tengahari Sabtu, sudah tiada lagi apabila terkorban dalam insiden helikopter terhempas di Semenyih, petang tadi.

“Saya terperanjat dengan berita in. Semalam saya bersama beliau di perasmian Agro Bazaar di Indera Mahkota dan kami minum teh tarik bersama di sebuah hotel di bandar Kuantan,”

“Hari ini bersama dia di Pekan di majlis perkahwinan anak Perdana Menteri, kami sempat bergambar bersama,” ujar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu mengenang kehilangan Ahli Parlimen Rompin itu yang juga Pengerusi PRIMA.

Ismail Sabri berkata, beliau sangat sedih kerana Jamaluddin atau JJ adalah sahabat karibnya sejak  zaman Pemuda UMNO.

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan kepada saya dan rakan-rakan serta negara. Allahyarham seorang sahabat yang akan bersama dalam apa keadaan,” katanya.

Beliau menggambarkan Jamaluddin yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO sebagai pemimpin yang berpandangan jauh.

Sewaktu Jamaluddin jadi Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Ismail Sabri pula menjadi Pengerusi Astronotic Techonolg Sdn Bhd (ATSB) yang bertanggungjawab dalam program angkasawan dan pembinaan satelit.

(Visited 6 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.