Nahas Helikopter: JJ seperti seorang abang yang suka memberi tunjuk ajar – Ka Siong - pakdin.my

Dr Wee Ka Siong
Dr. Wee Ka Siong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, kali terakhir beliau bertemu Jamaluddin ialah ketika duduk di sebelahnya di majlis Akad Nikah anak Perdana Menteri di Sri Perdana pada 19 Mac lalu.

“Kali terakhir saya berbual dengannya di telefon ialah pada 29 Mac lalu ketika saya menghadiri Persidangan Inter Parliamentary Union (IPU) di Hanoi. Beliau berpesan beberapa strategi untuk menangani situasi politik terkini,” katanya.

Menurut beliau, Jamaluddin  mengatakan mahu berjumpa minggu depan untuk membincangkan beberapa perkara yang mendesak berhubung projek PRIMA.

“Beliau seorang yang suka berjenaka tetapi pada masa yang sama tidak lokek berkongsi idea mengenai percaturan politik. Beliau, bagi saya ibarat seorang abang yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada adiknya,” kata Timbalan Presiden MCA itu.

Ka Siong berkata, sejak jadi ahli parlimen biasa sebelum ini  dari semasa ke semasa Jamaluddin memberi nasihat bagaimana untuk menjadi wakil rakyat yang kritikal tapi konstruktif.

“Semasa Rang Undang-Undang PR1MA dibentangkan kami berbincang tentang kandungan serta implikasi. JJ sedia mendengar dan meminda mana-mana yang munaabah.

“Sejak setahun ini kami sering berbincang mengenai projek PR1MA di Johor, khasnya di kawasan parlimen Ayer Hitam.

“Bagi saya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat,” ujarnya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Jamaluddin.

UTAMABERITANahas Helikopter: JJ seperti seorang abang yang suka memberi tunjuk ajar -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium