Nahas Helikopter: Juruterbang Saksi Helikopter Terjunam, Terhempas

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

Helikopter AS365N2 Dauphin - 9M-1GB
Helikopter AS365N2 Dauphin – 9M-1GB

Seorang juruterbang sebuah pesawat yang kebetulan sedang terbang di kawasan Kajang berkata, beliau menyaksikan sendiri helikopter Eurocopter Dauphin (AS365N2) terjunam sebelum terhempas dalam kejadian di Semenyih, petang Sabtu.

Juruterbang yang dikenali sebagai Kapten Lee itu memberitahu stesen TV swasta Astro Awani bahawa beliau sempat berkomunikasi dengan juruterbang helikopter itu tentang kedudukan dan tujuan perjalanan masing-masing, tidak lama sebelum helikopter itu terhempas.

Nahas Helikopter yang dinaiki Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima lagi itu telah mengakibatkan kesemua mereka terkorban.

Lee berkata, ketika kejadian, beliau sedang mengemudi kapal terbang dari Johor ke Subang dan melihat sendiri helikopter itu terjunam dan jatuh ke tanah.

“Lebih kurang pukul 5 petang, saya terbang dari Johor ke Subang. Pada masa sama ada helikopter dari Kuantan ke Subang. Bila sampai dekat Kajang nampak helikopter tanda IGB. Saya terus terbang.

“Dalam tiga minit pandang balik, helikopter tu dah menjunam, muncung ke bawah. Saya perhatikan helikopter tu jatuh ke tanah dan keluar asap hitam,” katanya dalam temu bual menerusi telefon oleh stesen televisyen swasta, Astro Awani.

Menurut Lee ketika kejadian, cuaca cerah dan hujan panas serta tiada ribut.

“Pada pengalaman saya, ia jatuh bukan disebabkan cuaca. Saya nampak itu yang jadi…rasa ngeri. Lepas kejadian, saya maklumkan menara kawalan tentang helikopter IGB terhempas.

Lee berkata, beliau terpaksa meneruskan perjalanan kerana membawa penumpang.

“Sebelum kejadian ada cakap dengan pilot helikopter tu (menerusi sistem telekomunikasi). Kami maklum kami akan sampai ke Kajang pada sekian waktu dan sekian ketinggian. Dalam empat, lima minit, berlaku kejadian itu,” kata Lee.

Helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yang membawa enam orang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Nahas helikopter itu mengorban semua penumpang dan juruterbang termasuk Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias.

Empat lagi mangsa ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi helikopter Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razkan Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.

BACA juga:

Leave a Reply