Monday - July 26, 2021 @ 00:50
BERITADUNIANahas Hercules TNI Di Medan: 141 Mayat Telah Ditemui

Nahas Hercules TNI Di Medan: 141 Mayat Telah Ditemui

pesawat-hercules-tni-terhempas-medan-4

Indonesia: Jumlah kematian akibat nahas pesawat Hercules milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) yang terhempas di Medan, Sumatera Utara telah meningkat kepada 141 orang.

“Kami telah menerima 141 mayat,” kata pegawai polis di hospital Agustinus Tarigan kepada AFP.

Pesawat Hercules A-130 itu terhempas di Jalan Jamin Ginting, Medan dan merempuh beberapa bangunan rumah kedai dan pusat rawatan tradisional.

Pesawat yang membawa 113 penumpang termasuk 12 anggota tentera itu berlepas dari Pangkalan Udara Soewondo menuju ke Kepulauan Riau sebelum terhempas kira-kira dua minit sebaik berlepas.

Medan merupakan penempatan padat penduduk yang mencecah seramai 2 juta orang.

Pasukan mencari dan penyelamat masih meneruskan usaha membawa keluar mayat dengan menggunakan pelbagai jentera.

pesawat-hercules-tni-terhempas-mayat

Senarai mangsa yang telah di kenalpasti:
1. Lettu Agus Riyadi
2. Peltu Yahya Komari
3. Pratu Warsianto
4. Sertu Irianto Sili
5. Pelda Ngatemen
6. Kopda Doni SW
7. Pratu Sepridoni
8. Pelda Warsito
9. Pratu Agus Purwanto
10. Aipda Sugianto
11. Aipda Luffi
12. Aipda Ando Dandi Pranowo
13. Kapten Penerbang Sandy Permana (pilot)
14. Serma Pariyo
15. Bambang Herawanto
16. Serda Novic
17. Serda Samsir
18. Serda Joko Purwanto
19. Serda Rahmadan
20. Sertu Aang Subarna
21. Peltu Ibnu Kohar
22. Letda Dian Sukma Pasaribu
23. Lettu Penerbang Pandu Setiawan

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here