Nahas pesawat di Kudat: Seorang penumpang meninggal dunia - pakdin.my

maswing-terhempas-kudat-3 maswing-terhempas-kudat-2 maswing-terhempas-kudat-1

KUDAT: Polis mengesahkan seorang penumpang pesawat MASwings jenis Twin Otters yang terhempas di Kudat hari ini meninggal dunia di Hospital Kudat, sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superintendan Dawi Ossen ketika dihubungi berkata, mangsa dikenali sebagai Tan Ah Chai, 96, selepas polis mendapat pengesahan anaknya.

Dalam kejadian itu, pesawat terbabit terhempas di Lapangan Terbang Kudat berhampiran Kampung Sin San dekat sini, petang tadi.

Terdahulu, Ketua Pasukan Penyelamat, Abd Mujun, berkata seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang.

Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu.

 

UTAMABERITASABAHNahas pesawat di Kudat: Seorang penumpang meninggal dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium