Nahas pesawat Germanwings: Kemungkinan tiada yang terselamat – Presiden Perancis - pakdin.my

Germanwings-Airbus-A320-200-terhempas

Presiden Perancis, Francois Hollande berkata kemungkinan tiada yang terselamat dalam nahas pesawat penumpang di Banjaran Alps yang terdapat 148 orang, hari ini.

Pesawat penumpang Germanwings itu terhempas di wilayah Alps ketika dalam penerbangan dari Barcelona ke Dusseldorf, demikian menurut pegawai Perancis.

Ketua Majlis Wilayah Alps, Eric Ciotti, berkata pasukan mencari dan menyelamat sudah digerakkan ke tempat nahas di Meolans-Revels.

Dalam satu taklimat yang disiarkan secara langsung, Hollande berkata kawasan nahas adalah kawasan terpencil dan tidak jelas sama ada penduduk di kawasan berkenaan turut cedera.

Hollande berkata, kemungkinan kebanyakan mangsa adalah warga Jerman.

“Ia satu tragedi di tanah air kita,” katanya.

Akhbar Perancis, La Provence, memetik pegawai penerbangan awam berkata, pesawat Airbus membawa sekurang-kurangnya 142 penumpang, dua juruterbang dan empat atendan penerbangan.

UTAMADUNIANahas pesawat Germanwings: Kemungkinan tiada yang terselamat - Presiden Perancis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium