Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Malaysia
28,674
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,242,532
Confirmed
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Indonesia
4,086,759
Recovered
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Indonesia
143,333
Deaths
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am

Thailand

Thailand
1,884,973
Confirmed
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Thailand
1,766,823
Recovered
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Thailand
19,006
Deaths
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am

Global

All countries
246,026,077
Confirmed
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
All countries
221,211,942
Recovered
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
All countries
4,992,349
Deaths
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am

Naib Canselor Unisel Letak Jawatan Akibat Tekanan Politik

Datuk Dr Rosti Saruwono

SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr Rosti Saruwono sah meletak jawatannya berkuat kuasa Rabu dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran kerajaan negeri.

Difahamkan tindakan tersebut dilakukan sebagai ‘membantah’ berhubung tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan.

Dr Rosti berkata beliau tidak sanggup melaksanakan arahan berkenaan kerana ia tidak bersebab dan tanpa mematuhi proses yang betul.

Sah saya letak jawatan berkuatkuasa 3 Ogos. Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa,” katanya di sini Isnin.

Dr Rosti yang berasal dari Klang, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009.

Keputusan Dr Rosti melepaskan jawatannya sebagai `membantah’ keputusan pelucutan tiga orang pegawai yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.

Memorandum itu disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi lain di Unisel pada 16 Mei lalu terhadap tiga pegawai Unisel atas tuduhan tertentu yang dipercayai membabitkan salah tadbir urus universiti itu.

Tuduhan yang disertakan dalam memorandum berkenaan turut melibatkan Dr Rosti yang turut dicadangkan meletak jawatan dan digantikan serta-merta.

Bagaimanapun, dikatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan arahan kepada Naib Canselor untuk memecat tiga pegawai berkenaan.

Namun, keputusan Abdul Khalid itu tidak diterima oleh Dr Rosti atas alasan tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib Unisel.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021