Naib Presiden PKR Sarawak Letak Jawatan – Marah PKR Jadi Macai DAP - pakdin.my

Naib Pengerusi PKR Sarawak, Boniface Willy Tumek meletakkan jawatan dari parti itu sekali gus memaparkan keretakan hubungan dalaman parti itu di antara PKR pusat dan negeri.

Tumek mengemukakan surat peletakan jawatannya Ahad lalu setelah PKR gagal mendapatkan jaminan untuk beliau menjadi calon bagi Tasik Biru, Bau namun sebaliknya menyerahkan kerusi itu untuk ditandingi wakil DAP.

“Ini dilakukan setelah menamakan saya sebagai calon berpotensi bagi parti itu, dan walaupun tinjauan pendapat umum menunjukkan PKR mendapat lebih banyak sokongan di Tasik Biru berbanding DAP,” kata kenyataan Tumek, 59 tahun.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun 2013, PKR juga tegas Tumek mengalah kepada DAP berhubung pencalonan beliau untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Mas Gading.

“Watikah untuk saya bertanding dalam pilihan raya itu mewakili PKR ditarik balik pada petang menjelang hari penamaan calon untuk memberi laluan kepada DAP, rakan kami dalam PR (Pakatan Pembangkang ketika itu) supaya bertanding di Mas Gading,” katanya.

Kedudukan PKR dalam rundingan peruntukan kerusi dalam kalangan pembangkang katanya, adalah umpama ‘seorang anak kecil yang mencuba sedaya upaya untuk terus selamat dalam persekitaran yang dihimpit permusuhan.’

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, perkembangan itu menyebabkan PKR Sarawak kehilangan sumbangan berharga Tumek.

“Kami akan benar-benar berasa kehilangannya kerana beliau telah mempamerkan kepimpinan yang berkualiti dan saya berpendapat beliau adalah seorang lelaki yang berintegriti, sebab itulah kami mencadangkan beliau menjadi seorang daripada naib pengerusi (PKR) negeri,” katanya.

Yang pasti, perkembangan terbaru ini adalah cerminan suara autonomi yang kononnya diwar-warkan PKR dan DAP kepada warga Sarawak.

Suara anak negeri diketepikan, sebaliknya suara muktamad pusat menjadi noktah.

PKR sehingga kini membayangkan akan bertanding di 40 kawasan manakala DAP mahukan 30 kawasan pada pilihan raya ke-11, 7 Mei ini.

UTAMABERITANaib Presiden PKR Sarawak Letak Jawatan - Marah PKR Jadi Macai DAP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium