Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berada di Arab Saudi untuk lawatan kerja tiga hari, dijadual bertemu pelajar dan golongan profesional Malaysia di Jeddah dan Makkah hari ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam akaun Facebooknya hari ini berkata selepas pertemuan itu, Perdana Menteri turut dijadual menunaikan umrah selepas solat Maghrib malam ini.
“Perdana Menteri akan bertolak ke Madinah esok. Selain mengunjungi Masjid Nabawi, beliau juga akan menghadiri jamuan makan tengah hari bersama pelajar dan golongan profesional Malaysia di Holiday Villa Hotel Madinah,” katanya.
Ketika di Madinah, Perdana Menteri juga dijadualkan bertolak ke Knowledge Economic City dan Dar Al Madinah Urban and Built Heritage Museum.
Najib yang tiba di Jeddah semalam, disambut Gabenor Jeddah Putera Mish’al Abd Majid, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Zainol Rahim Zainuddin dan pegawai-pegawai kanan kerajaan Malaysia.
Najib adakan lawatan kerja ke Arab Saudi https://t.co/eE1bKeym1g https://t.co/BZ0Jzc3SBv
Najib adakan lawatan kerja ke Arab Saudi https://t.co/PtbvI8jk8m
Najib adakan lawatan kerja ke Arab Saudi: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berada di Arab … https://t.co/09PFOo1qeG
RT @tunteja4you: Najib adakan lawatan kerja ke Arab Saudi: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berada di Arab … https://…
RT @CyTroHS: Najib adakan lawatan kerja ke Arab Saudi: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berada di Arab … https://t.co…
Aca Aszrin liked this on Facebook.
Adzlin Hana liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.