Najib Alu-alukan Tindakan Guan Eng Mohon Maaf (video) - pakdin.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengalu-alukan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, memohon maaf di atas kenyataannya memburuk-burukkan negeri Johor, baru-baru ini.

Beliau berkata tindakan itu juga menunjukkan Lim telah mengakui kesalahannyayang terlajak kata selain akur kerana bukti rakaman percakapannya itu telah diperolehi.

“Kita sudah ada recording (rakaman) dan perkara ini amat sukarlah bagi dianak menafikan, kalau dia boleh nafikan dia takkan minta maaf,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata banyak telah mendesak Lim supaya memohon maaf termasuk Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Timblan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Maknanya dia telah terimalah kesilapan dalam hal ini,” katanya

——–


Guan Eng Mohon Maaf Pada Sultan Dan Rakyat Johor

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyat bawah naungan baginda atas kenyataannya memburukkan negeri Johor dalam satu majlis di Singapura, bulan lalu.

Permohonan maaf itu diungkapkan Guan Eng dalam satu sidang media tergempar di pejabatnya di Komtar, tengahari tadi.

LIM GUAN ENG / KETUA MENTERI PULAU PINANG
Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada raja dan negara patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Sultan Johor atas rasa tersinggung tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat patik. Dan juga kepada rakyat jelata di bawah naungan tuanku atas perkara yang sama.

Tambahnya lagi, kenyataannya itu tidak bersifat buruk.

LIM GUAN ENG / KETUA MENTERI PULAU PINANG
Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekalipun. Dalam laporan media Sultan Johor juga bertitah baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah Sultan Johor.

Untuk rekod, semalam Guan Eng mendakwa beliau tidak pasti dan tidak ingat sama ada beliau mengeluarkan kenyataan yang memburukkan negeri Johor dalam majlis berkenaan.

UTAMABERITANajib Alu-alukan Tindakan Guan Eng Mohon Maaf (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium