Najib Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri - pakdin.my

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan Surat Cara Pelantikan sebagai Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Negara, Kuala Lumpur
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyampaikan Surat Cara Pelantikan sebagai Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Negara, Kuala Lumpur

Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, pada pukul 4.10 petang Isnin.

Istiadat mengangkat sumpah itu disiarkan secara langsung oleh TV1 RTM.

Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir bersama Najib pada istiadat berkenaan.

Najib, 59, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengulangi sejarah apabila mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sama, seperti mana allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua Malaysia pada 1970.

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai perdana menteri.

Pada pilihan raya umum ke-13 Ahad, BN kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baru.

Turut hadir ke istiadat itu ialah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi serta para pemimpin parti komponen BN.

 

UTAMABERITANajib Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium