Najib Arah Peguam Tuntut Dr Ling Mohon Maaf

- Advertisement -

Portal berita TV14 pada Isnin melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan peguam beliau supaya menuntut bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik untuk memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa meminta Najib melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.

Kenyataan Dr Ling itu didakwa disiarkan dalam sebuah portal berita berbahasa Inggeris dua hari lepas.

Menurut portal berita TV14, surat berhubung tuntutan itu yang diserahkan terus kepada Dr Ling pada Isnin, dikeluarkan oleh Tetuan Hafarizam Wan and Aisha Mubarak bagi pihak Najib dalam kapasiti peribadi beliau, dan antara lain menuntut Dr Ling memohon maaf dalam masa tujuh hari selepas menerima surat berkenaan.

Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang bakal diambil terhadap bekas menteri pengangkutan itu, kata portal berita berkenaan.

Menurut TV14, peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili firma guaman itu, dalam suratnya kepada Dr Ling menyatakan bahawa kenyataan yang didakwa dibuat olehnya adalah satu fitnah, dan merosakkan reputasi perdana menteri selain mempunyai kecenderungan untuk merendahkan Najib dalam pemikiran masyarakat.

Portal itu menyatakan bahawa Hafarizam juga menuntut Dr Ling supaya menarik balik kenyataan yang didakwa itu, membuat permohonan maaf tidak berbelah bahagi serta membayar pampasan yang munasabah ekoran kenyataan fitnah itu.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

[Video] YouTuber AS hasilkan video khas bidas Al Jazeera

MASIHKAH anda ingat dokumentari terbitan Al Jazeera berjudul "Locked Up in Malaysia's Lockdown" yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini? Terbaharu, saluran YouTube 'Other Side of the...

Anwar Enggan Jawab Kejatuhan PH Angkara Tun M

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menjawab persoalan samada semua kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Harapan (PH) adalah angkara bekas Perdana Menteri, Tun...

Buat persiapan sambut pelajar, guru maut terjatuh dari balkoni bangunan sekolah

HASRAT murni seorang guru lelaki yang membuat persiapan sempena pembukaan semula sekolah pada Rabu berakir dengan tragedi apabila dia maut pada Selasa. Menerusi kejadian pada...

Yuran asrama, perkhidmatan universiti dikurangkan hingga 15 peratus

Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.