23.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Najib Arkitek Ketenteraan Moden Malaysia, Bukannya Mahathir

Dalam keriuhan deruman enjin pesawat di LIMA 17, para penyokong  Mahathir tiba-tiba mendabik dada apabila idola mereka mengunjungi pameran aeroangkasa terbesar negara itu.

Jolokan ‘pengasas LIMA’ menjadi buah mulut untuk membenarkan mereka memuji dan memuja Pengerusi parti bunga itu.

Namun jika itu sahaja yang menjadi modal keriuhan mereka, maka ternyata ceteklah benar cara mereka menafsir kejayaan seseorang.

Ramai tidak tahu, pemimpin sebenar yang layak digelar arkitek ketenteraan moden Malaysia adalah Dato Seri Najib Tun Razak sendiri. Dengan rekod dua kali dilantik sebagai Menteri Pertahanan (1990-1995 & 1999-2008), beliau telah memanfaatkan dana kerajaan untuk pelaburan ketenteraan moden dengan membeli pelbagai jenis aset canggih.

Antara aset moden ketenteraan yang diperoleh sepanjang Najib menjadi Menteri Pertahanan ialah seperti pesawat pejuang moden, Sukhoi SU-30MKM, MiG-29N, jet pejuang F/A-18D Hornet, dan jet latihan lanjutan MB-339C untuk pertahanan udara.

Ramai mungkin tidak sedar bahawa perolehan 4 pesawat pengangkut tercanggih A400M yang dilengkapkan dalam acara LIMA2017 sekarang ini, turut disempurnakan ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan pada 2005.

Dalam melindungi aset di darat dari serangan udara, Najib memperoleh sistem yang tercanggih pada waktunya seperti Starburst yang kemudian digantikan dengan sistem yang lebih moden seperti Jernas dan Igla.

Bagi segmen Pertahanan laut, Najib menjadi perintis kepada perolehan Kapal ronda generasi baru atau NGPV, kapal LCS  (Littoral Combatant Ship), kapal selam Scorpene, Frigate kelas Jebat dan Kapal Korvet Kelas Kasturi.

Kapal selam yang pembangkang selalu kata tidak nampak dan tidak boleh selam itulah yang Arab Saudi datang dan hendak belajar ilmunya. Ternyata tuduhan pembangkang itu meleset sama sekali.

Untuk segmen Pertahanan darat, Najib menjadi pelopor kepada perolehan kereta kebal utama PT-91M “Pendekar”, kereta perisai ACV-300S Adnan, sistem pelancar roket berganda (MLRS) Astros, sistem peluru berpandu anti kereta kebal seperti Metis M dan Baktar-Shikan.

Malah walaupun sudah hampir 10 tahun meninggalkan portfolio terpenting itu, namun jiwa dan minat Najib dalam bidang ketenteraan masih menebal di hati sanubarinya sehingga ke hari ini.

Inilah yang membezakan antara Najib dan Mahathir dalam bidang ketenteraan dan pertahanan negara kita. Bukan hanya sekadar melihat tentang siapa pengasas LIMA, namun ia harus dipandang dalam konteks yang lebih luas daripada itu.

Apapun, syabas diucapkan kepada Najib kerana sekali lagi mengalahkan Mahathir dalam bidang pertahanan negara, sekali gus layak diangkat sebagai ‘arkitek ketenteraan moden Malaysia’.

———-

Rujukan:

“LIMA: Beli Jet Pejuang Terpakai, Itulah Jasa Mahathir Kepada Askar Kita”

https://pakdin.my/lima-beli-jet-pejuang-terpakai-itulah-jasa-mahathir-kepada-askar-kita/

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Warisan kalah tetapi Shafie mungkin angkat sumpah sebagai KM esok

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan