Najib bidas ‘rengekan’ Guan Eng risau jadi menteri tak popular

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas “rengekan” Lim Guan Eng yang mendakwa beliau mungkin akan diingati sebagai Menteri Kewangan paling tak popular dalam sejarah kerana tidak mempunyai buah tangan untuk diberikan kepada rakyat.

- Advertisement -

Menurut Najib, kerajaan PH menggunakan alasan hutang telah mencecah RM1 trilion sejak memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu tetapi ramai ahli-ahli ekonomi termasuk Moody’s telah mempertikai kaedah mengira hutang dibuat PH.

“Sebagai contoh, apabila Guan Eng menperincikan bagaimana hutang sudah menjadi RM1 trilion dia telah memberitahu bahawa RM201.4 bilion dari RM1 trilion ini ialah kerana kerajaan perlu membayar kos sewa dan kos penyelenggaraan.

“Siapa antara saudara-saudari yang menyewa rumah ataupun pejabat pernah mengambil kira atau memasukkan kos sewa dan kos penyelenggaraan sebagai hutang peribadi anda?

“Masalah pokok kerajaan hari ini sebenarnya ialah akibat daripada langkah diambil mereka sendiri selepas PRU14 untuk memberi tempoh 3 bulan sifar cukai tanpa GST ataupun SST, menggantikan GST dengan SST, mengembalikan subsidi pukal dan pembatalan projek-projek secara meluas.

“Ini telah mengakibatkan kerajaan kehilangan dana sekurang-kurangnya RM40 bilion setahun tidak termasuk wang input GST yang perlu dibayar balik kerana GST tiba-tiba disifarkan dan dimansuhkan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya pada Khamis.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pembatalan projek-projek secara meluas yang dibuat kerajaan PH merupakan salah satu faktor kadar pertumbuhan ekonomi menjadi rendah.

“Jika ditambah dengan langkah kerajaan untuk mengurangkan bantuan termasuk bayaran BR1M maka ini akan menyebabkan aktiviti ekonomi di dalam negara akan menjunam lebih banyak lagi sehingga Malaysia mungkin terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi.

“Tetapi lebih senang untuk mereka menuding jari kepada kerajaan lama dan saya dengan cerita hutang RM1 trilion,” katanya.

Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan itu yakin bahawa bajet 2019 akan merupakan bajet defisit, bermakna hutang negara akan bertambah dan bukan dikurangkan.

“Guan Eng sudah memberi gambaran ini akan berlaku kerana sejak minggu lalu, beliau telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menerbitkan lebih banyak bon kerajaan. Menerbitkan bon maksudnya meminjam wang. Dan ini adalah hutang.

“Selama 9 tahun di bawah kerajaan BN pimpinan saya, saya tidak pernah meminta rakyat untuk ‘berkorban.’

“Ekonomi semakin bertumbuh dan bantuan kepada rakyat semakin bertambah. Tiba-tiba apabila kerajaan PH mengambil alih dan mengubah polisi ekonomi Malaysia secara dasar, mereka mahu rakyat untuk bersedia berkorban,” ujarnya lagi.

Tambah Najib lagi, kerajaan PH perlu terima hakikat bahawa polisi-polisi dan langkah-langkah sendiri yang telah menukar halatuju ekonomi kepada arah yang lebih teruk dan akhirnya mahu rakyat berkorban ekoran dasar teruk itu.

“Dahulunya, kita ada Program Transformasi Negara yang begitu teratur dan berkesan.

“Kini kita ada menteri kewangan yang takut popularitinya terancam dan satu kerajaan yang minta rakyat untuk berkorban oleh kerana langkah-langkah regresif mereka,” katanya.

Semalam, Guan Eng menerusi wawancara bersama MalaysiaKini berkata dia mungkin akan menjadi menteri kewangan paling tidak popular dalam sejarah negara.

“Ia akan merupakan bajet yang sangat sukar.

“Mungkin saya akan jadi menteri kewangan paling tidak popular kerana saya tidak mempunyai buah tangan untuk diberikan,” katanya.

………
https://pakdin.my/tag/lim-guan-eng

Berita Berkaitan

Komen

......
  1. FAKE NEWS . or PH will be kicked out in GE 15. (2) n of coz there r grouses DAP is NOT funding many mosques in (tmn desa, puchong) selangor . (3) TERESA KOK always with gruesome face wen talking to malay community shud be kicked out from Putrajaya. she is anti malays/islam. tengok cara pemakainnya masa angkat sumpah. dia pakai mini skirt.. .tengok muka DYMM pun dia TAK nak. bila ke NEGARA CINA dia pakai mini skirt juga. nak tunjuk pok pok dia kat president cina ka. memang TERESA KOK wanita SUNDAL. habis lah PH in GE 15 sekiranya SUNDAL ini enggan pakai baju kurung . SUNDAL ini asyik tunjuk pok pok nya kesana kesini. kuang ajar betul Teresa Kok ini ! jangan harap lah Anwar boleh jadi PM selagi ada SUNDAL kuang ajar ini dlm PH

Comments are closed.

Advertisment

Instagram

Terkini

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

[Video] YouTuber AS hasilkan video khas bidas Al Jazeera

MASIHKAH anda ingat dokumentari terbitan Al Jazeera berjudul "Locked Up in Malaysia's Lockdown" yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini? Terbaharu, saluran YouTube 'Other Side of the...

Anwar Enggan Jawab Kejatuhan PH Angkara Tun M

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menjawab persoalan samada semua kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Harapan (PH) adalah angkara bekas Perdana Menteri, Tun...

Buat persiapan sambut pelajar, guru maut terjatuh dari balkoni bangunan sekolah

HASRAT murni seorang guru lelaki yang membuat persiapan sempena pembukaan semula sekolah pada Rabu berakir dengan tragedi apabila dia maut pada Selasa. Menerusi kejadian pada...

Yuran asrama, perkhidmatan universiti dikurangkan hingga 15 peratus

Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.