25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

Najib Buka Puasa Bersama Ulama Dan Mufti Negeri

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbuka puasa bersama ulama dan mufti-mufti negeri di Seri Perdana di sini Isnin.

Turut dijemput wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dakwah, pejabat penasihat agama, persatuan imam dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Turut serta ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Othman Mustapha dan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Tan Sri Dr Shukor Hussin.

Lebih 1,000 orang hadir pada majlis itu yang turut meraikan wakil media yang berpejabat di Putrajaya.

Pada majlis itu, Najib dan anaknya Nooryana Najwa memberi sumbangan kepada 50 anak yatim dari asrama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.