26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

Najib dapat mandat Istana Kedah, MB baharu angkat sumpah Isnin

Najib dapat mandat Istana Kedah, MB baharu angkat sumpah Isnin, kata laporan

najib-jemaah-pemangku-sultan-tukar-mb-kedah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah mendapatkan mandat Istana Kedah untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar.

Sumber memberitahu portal itu, persetujuan Jemaah Pemangku Sultan Kedah menerima kedatangan Najib hari ini bermakna usaha untuk menggantikan Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam itu akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

“Pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah perlu untuk mendapat perkenan bagi melantik menteri besar yang baharu,” kata sumber berkenaan.

Sumber itu turut memaklumkan kepada portal itu, Najib sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik menteri besar Kedah yang baharu ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Rabu.

Minggu lalu, Mukhriz menerima tekanan daripada Adun dan Ahli Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan negeri yang diketuai Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah.

Pagi ini, Najib menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Kuala Lumpur.

Kunjungan terhadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah adalah untuk mempersembahkan senarai calon menteri besar Kedah yang baharu bagi menggantikan anak kepada perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Difahamkan semua 3 ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah berada di ibu negara untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga Sultan Kedah.

Tiga ahli jemaah berkenaan ialah pengerusinya, Tunku Temenggong Tan Sri Tunku Sallehuddin Badlishah, Tunku Laksamana Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Badlishah dan Puteri Sulung Sultan Kedah, Tengku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz .

Menurut sumber itu memberitahu, Ahmad yang juga senator dan timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan adalah calon bagi menduduki kerusi menteri besar Kedah.

Selain Ahmad, seorang lagi pemimpin Umno yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan itu ialah exco negeri yang juga Adun Guar Chempedak Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail, 63.

Ku Rahman berkelulusan iIjazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains dari Universiti Loughborough, United Kingdom.

Menurut sumber itu, jika ahli jemaah bersetuju dengan calon yang dikemukakan, difahamkan majlis angkat sumpah jawatan menteri besar yang baharu akan berlangsung di Istana Anak Bukit, Kedah pada Isnin.

Berita Berkaitan

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Husam: PAN parti diktator, lebih senang merujuk kepada DAP

Antara bekas pemimpin PAS yang ghairah dengan idea penubuhan PAN bagi kononnya menggantikan peranan...

PAS Sebagai ‘King Maker’ Jadi Kenyataan – Presiden PAS

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa rancangan membawa pendekatan...

MCA sebahagian daripada BN, tegas Wee

MCA adalah sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN), kata Presidennya Datuk Seri Dr Wee...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan