Najib dimaklum enakmen LPHJ konsisten prinsip Perlembagaan - pakdin.my

najib-projek-sulit-ic

Datuk Seri Najib Razak berkata, cadangan pembentangan satu enakmen baharu bagi penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) mestilah membawa kebaikan, manfaat dan melindungi kepentingan semua terutama rakyat.

Perdana Menteri berkata, enakmen itu juga mestilah selari dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat sistem Raja Berperlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen serta amalan demokrasi negara ini.

Najib berkata, beliau telah menegaskan perkara itu kepada Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin setelah dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor itu mengenai cadangan kerajaan negeri untuk membentangkan enakmen berkenaan.

“Menteri Besar menjelaskan bahawa enakmen itu konsisten dengan peruntukan Perlembagaan. Beliau juga akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan lembaga itu,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan.

Najib berkata, Mohamed Khaled juga akan memastikan bahawa enakmen itu akan mencapai matlamatnya, antaranya, untuk mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik bagi rakyat negeri Johor.

Kerajaan negeri Johor sebelum ini dilapor akan membentangkan rang undang-undang untuk menubuhkan lembaga berkenaan Isnin ini yang jika diluluskan, akan menyaksikan pembabitan Sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Hasrat kerajaan negeri itu menimbulkan tanda tanya dan mendapat pelbagai reaksi termasuk tentangan sesetengah pihak.

UTAMANajib dimaklum enakmen LPHJ konsisten prinsip Perlembagaan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium