25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Najib Gesa Media Jadi Perantara Sampai Cetusan Hati, Aspirasi Rakyat Kepada Kerajaan

Penghargaan Media Perhimpunan Agung Umno 2012Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pihak media memainkan peranan sebagai perantara yang menyampaikan cetusan hati dan aspirasi rakyat kepada kerajaan.

Perdana Menteri berkata pihak media juga perlu mengemukakan teguran dan kritikan yang diluahkan rakyat supaya kerajaan dapat melakukan penambahbaikan yang dikehendaki rakyat.

“Kita tidak menolak pihak yang mengkritik kita asalkan kritikan dan teguran itu adalah bertujuan untuk mencari kebaikan dan berdasarkan kepada fakta yang sebenarnya.

“Berita yang kita tidak mahu dan kita mesti tolak ialah berita-berita kepalsuan, fitnah, sengaja diadakan, terutama sekali menjurus kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Penghargaan Media Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, malam Sabtu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin tertinggi Umno serta kira-kira-kira 1,500 warga media. Sambil mengharapkan hubungan Umno dan media yang erat dan mesra selama ini akan kekal berpanjangan, Najib berkata media juga berperanan penting dalam menyampaikan dan melaporkan berita yang tepat dan betul mengenai kerajaan.

“Saya selalu sebut bahawa tempoh bila dekat-dekat PRU-13 ini sebagai ‘the silly season’ yakni dalam musim ini, banyak cerita karut-marut yang sengaja dibangkitkan dengan tujuan untuk merosakkan imej dan pandangan rakyat terhadap kerajaan,” katanya.

Beliau berkata kejayaan sesebuah parti politik dalam memimpin negara serta melaksanakan dasar-dasar untuk kepentingan rakyat banyak bergantung kepada penerimaan dan kepercayaan rakyat terhadapnya.

“Sebab itulah peranan media kepada Umno adalah sesuatu yang kita sentiasa memberi perhatian yang berat kerana kalau kita tidak berkomunikasi dengan baik dan berkesan, maka apa saja yang kita lakukan meskipun baik, meskipun bertujuan untuk mencapai sesuatu objektif yang murni, boleh ditafsirkan secara negatif atau pun kurang diterima secara positif oleh rakyat.

“Di sinilah letaknya peranan para media untuk melaporkan berita-berita mengenai Umno, mengenai kerajaan, malah mengenai semua kejadian dalam negara kita secara tepat, betul dan untuk memberi penilaian yang objektif kepada perkara-perkara yang sudah dilakukan oleh parti-parti politik seperti Umno,” katanya.

Najib turut menyifatkan kemudahan bagi liputan media pada Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berlangsung baru-baru ini sebagai yang terbaik pernah disediakan, dengan penyertaan kira-kira 1,600 wartawan dari dalam dan luar negara.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak media yang telah sama-sama memaparkan apa sebenarnya perjuangan Umno untuk dinilai oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata seramai 3.2 juta ahli Umno pada hari ini bersedia untuk meneruskan perjuangan dan kelangsungan Umno sebagai sebuah parti pemerintah.

“Tapi kita sedar bahawa kejayaan masa lampau bukanlah sesuatu yang memberi kita kekebalan untuk masa depan (kerana) ada parti yang senasib atau sekedudukan tapi hari ini sudah kehilangan kuasa.

“Sebab itulah saya selalu menyarankan kita mesti melakukan perubahan dalaman dan inilah yang sedang kita lakukan supaya Umno dilihat sebagai parti yang sentiasa dinamik dan relevan sepanjang zaman.

“Kita tetap akan mempertahankan kesucian agama Islam dan akidah Islam, kita akan terus memajukan ekonomi negara kita, kita akan memperkukuhkan parti, perpaduan nasional antara kaum berdasarkan kepada gagasan 1Malaysia dan kita sebagai sebuah parti akan terus membela rakyat,” katanya.






Berita Berkaitan

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan