Najib harap perbicaraan dapat bersihkan namanya

Kongsi:

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melihat kesemua pertuduhan yang dikenakan kepadanya hari ini sebagai peluang buat dirinya untuk membersihkan nama.

“Seperti mana kita sedia maklum, isu RM2.6 bilion telah digunakan secara habis-habisan untuk mengutuk, memburuk dan untuk mencerca saya habis-habisan selama ini.

“Dengan pertuduhan-pertuduhan yang dilakukan pada hari ini akan memberi peluang kepada saya untuk membersihkan nama saya bahawa saya bukan seorang pencuri.

“Mudah-mudahan perjalanan dalam mahkamah ini akan berkesudahan untuk menegakkan kebenaran dan melenyapkan isu RM2.6 bilion ini sama sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di Mahkamah Jalan Duta, Khamis selepas pendakwaan terhadapnya dibacakan.

Mengulas lanjut, Najib turut menjelaskan bahawa pertuduhan-pertuduhan yang dilakukan hari ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu dana yang diterima, dana yang digunakan dan dana yang telah dipulangkan sebaik sahaja selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13.

“Jadi kalau kita ambil kira segala-galanya, kita boleh membuat kesimpulan. Dan mudah-mudahan kesimpulan yang memihak kepada kebenaran akan timbul dalam perbicaraan yang saya sedang hadapi ini,” katanya.

Terdahulu Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan salah guna kedudukan dan 21 pertuduhan membabitkan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion.

Beliau membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mahkamah kemudian membenarkan Najib diikat jamin sebanyak RM3.5 juta dengan dua orang penjamin.

Pendakwaan diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai barisan pembelaan.

Pengurusan kes ditetapkan pada 16 November depan.

……………

http://pakdin.my/tag/najib-razak

http://pakdin.my/tag/dana-politik
http://pakdin.my/tag/raja-saud

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

One Reply to “Najib harap perbicaraan dapat bersihkan namanya”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.