Sunday, June 20, 2021

Najib Hargai Pertemuan Dengan Rakyat Selangor

Must Read

najib-semenyih-lawatan-1

SEMENYIH  — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pertemuannya dengan warga Selangor di sini pada Ahad sebagai istimewa kerana memberi peluang kepadanya meninjau secara lebih dekat perkembangan semasa di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

“Ini juga membolehkan saya mengukuhkan lagi siraltulrahim antara pemimpin dengan masyarakat setempat dan sedikit sebanyak membolehkan saya mendengar kalau ada apa-apa keluhan yang dihadapi penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Rakyat Negeri Selangor Bersama Perdana Menteri di Masjid Bandar Rinching di sini serta menzahirkan rasa terima kasihnya kepada warga Selangor kerana menerima kehadirannya pada majlis itu.

Hadir sama isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Dalam ucapannya, Najib mengajak rakyat supaya mensyukuri nikmat pembangunan dan kemajuan yang dinikmati oleh negara selama ini.

“Tengok sahajalah kawasan seperti Semenyih ini bagaimana nilai tanahnya saya difahamkan lot-lot banglo bernilai RM110 kaki persegi berbanding zaman dahulu,” katanya.

Terdahulu, Najib meninjau projek Lingkaran Lekas-Ecohill di sini, sebuah persimpangan baharu yang memendekkan masa perjalanan antara Kajang dengan Rinching dan Beranang yang akan dibuka dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri turut berkunjung ke bazar Ramadan Bandar Tasik Kesuma, Semenyih.

najib-semenyih-lawatan-2

Dalam pada itu, Najib berkata permintaan penduduk setempat untuk pembinaan sebuah hospital akan diteliti dengan melihat kepada keperluan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

“Kita tak boleh berbelanja lebih daripada kemampuan sebab tak nak jadi macam Greece sebab itu kerajaan telah melaksanakan sistem percukaian baharu iaitu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),” katanya.

- Advertisement -spot_img

Leave a Reply

- Advertisement -spot_img
Latest News

Polisi tutup Kelab “Fable” lantaran hendak buka pada tengah malam

Jakarta (ANTARA) - Petugas Direktorat Reserse Narkoba Polda Metro Jaya menegur dan menutup Kelab "Fable" yang berlokasi di kawasan...
- Advertisement -spot_img

More Articles Like This

- Advertisement -spot_img