Najib Hussein pakar bom rakyat Malaysia maut disiar dalam video pendedahan Daesh - pakdin.my

Berita kematian seorang pakar bom warga Malaysia yang menyertai kumpulan militan Daesh disahkan dengan pendedahan sebuah video oleh rakan kumpulan tersebut.

Video itu merakamkan detik akhir Mohd Najib Hussein yang menjadi pakar membuat bom di selatan Filipina.

Video tersebut yang berdurasi tujuh minit dan 40 saat mengesahkan laporan bahawa seorang pemilik kedai buku warga Malaysia terbunuh pada 16 Disember lalu.

mohd najib pakar bomDia dilaporkan terbunuh bersama 13 anggota Abu Sayyaf dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Kepulauan Basilan.

Graduan kejuruteraan elektrik berusia 37 tahun itu yang menguruskan sebuah kedai buku di Universiti Malaya lebih dikenali sebagai Abu Anas al Muhajir.

Di selatan Filipina, dia dikenal pasti sebagai salah seorang pemimpin utama dalam sayap Bendera Hitam yang ada kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf.

Video tersebut yang didedahkan saluran media Daesh dalam bahasa Rusia, Al Furat Media, cuba menggambarkan dia sebagai mati syahid.

Upacara tersebut dimulakan dengan kumpulan militan Asia Tenggara membawa bendera Daesh masuk ke dalam kawasan hutan dan membaca sumpah kesetiaan kepada kumpulan pengganas tersebut.

Mohd Najib HusenMalah, jurucakap video tersebut menggunakan istilah ‘belia Indonesia’ yang difahamkan merujuk kepada Mohd Najib.

Jurucakap itu turut menerangkan bahawa Mohd Najib pergi ke Filipina dan menubuhkan sebuah kumpulan militan yang mengangkat sumpah kesetiaan kepada Daesh.

Dalam salah satu babak, Mohd Najib yang mengalami kecederaan dipapah rakannya.

Kamera tersebut memfokuskan ke wajahnya dan seorang lelaki lain dilihat menyentuh mukanya dengan tangan yang berlumuran darah.

Menurut sumber perisikan, Mohd Najib, bapa kepada lima orang anak meninggal dunia beberapa jam kemudian selepas terkena tembakan.

Mohd Najib merupakan pemimpin utama dalam sayap Bendera Hitam Daesh yang dipimpin seorang profesor dari universiti di Malaysia, Dr Mahmud Ahmad atau Abu Handzalah yang bersembunyi dengan Abu Sayyaf di selatan Filipina.

Menurut tentera, pertempuran tersebut melibatkan 150 anggota Abu Sayyaf tetapi angka sebenar kematian tidak dapat disahkan.

UTAMABERITANajib Hussein pakar bom rakyat Malaysia maut disiar dalam video pendedahan Daesh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium