Najib jawab isu 1MDB dan terbuka terima kritikan - pakdin.my

soal-jawab-bersama-najib-1mdb

 

 

Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau terbuka kepada sebarang kritikan tetapi seharusnya dibuat secara berhemah dan bertanggungjawab.

Beliau berkata, sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, beliau akan mengutamakan kepentingan rakyat dan parti itu dalam membuat sesuatu keputusan.

“Saya meneliti, saya menimbang kewajaran setiap kritikan itu. Apapun pendapat individu, pada kesudahannya, saya akan bertanggungjawab kepada rakyat dan kepada parti,” tegasnya semasa diwawancara dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas yang disiarkan malam ini.

Najib ditanya oleh hos Hamdan Ahmir mengenai kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinannya baru-baru ini.

Menurut Najib, beliau tetap menghormati Dr Mahathir seperti mana beliau menghormati rakyat Malaysia yang lain.

Beliau turut menafikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan adalah ‘handout’.

Sebaliknya, Najib menjelaskan ia adalah satu bentuk jaringan keselamatan sosial untuk golongan itu.

Menyentuh isu,1MDB,Perdana Menteri menegaskan beliau tidak boleh menerima jika berlaku salah guna kuasa dalam syarikat pembangunan strategik kerajaan itu.

Beliau memberi jaminan tidak akan mempertahankan sesiapa yang berbuat demikian.

Malah, Najib mahukan Ketua Audit Negara mengesahkan jika benar dakwaan wang 1MDB digunakan untuk membuat filem serta dikaitkan dengan keluarganya.

“Saya nak tahu. Ini antara perkara yang mesti ditentukan laporan Ketua Audit Negara dan disahkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). “.

“Saya nak rakyat tahu sebab saya telah beri jaminan bahawa dalam urusan 1MDB kalau ada salah guna kuasa, kita tidak akan pertahankan sesiapa,” katanya.

Najib turut menjelaskan 1MDB adalah sebuah badan yang disifatkan sebagai sebuah syarikat pelaburan bermula dengan dana sebanyak RM1 juta berbanding dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah Nasional Berhad dan badan lain yang diberi pelbagai suntikan modal.

“Bila 1MDB nak mengembangkan perniagaannya terpaksa meminjam. Tetapi ingin saya tegaskan, aset yang diperoleh oleh 1MDB melebihi liabiliti. Kita perlu memberi masa kepada 1MDB membangun atau mencairkan aset ini supaya dapat melunaskan hutangnya,” katanya.

Beliau turut menjelaskan mengenai dakwaan 1MDB memindahkan sejumlah dana ke akaun sulit di Pulau Cayman dengan menyatakan duit itu sebenarnya tidak berada di Pulau Cayman.

“Ia adalah pendaftaran saja, ada 200 syarikat Malaysia mempunyai akaun di Pulau Cayman. Tiada salahnya mereka simpan duit ini di luar sebab mereka ada hutang dalam bentuk hutang luar. Jadi, daripada mereka bawa balik ke Malaysia, lebih baik mereka simpan di luar sebab dapat keuntungan dari segi foreign forex dan sebagainya.

“Masa akan menentukan tapi dalam masa tertentu duit itu akan dibawa balik ke Malaysia. Tiada isu juga dengan Bank Negara kerana sistem kita bebas, namun apa-apa kita nak buat pun dengan pengesahan daripada Bank Negara, jadi mereka tahu pergerakan ini,” katanya.

Dalam satu kenyataan pada 13 Januari lalu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, berkata syarikat berkenaan sudah menebus balik sepenuhnya AS$2.318 bilion (RM8.34 bilion) yang dilaburkan dalam dana berdaftar di Kepulauan Cayman.

Saksikan soaljawab disini

UTAMAEDITORIAL1MDBNajib jawab isu 1MDB dan terbuka terima kritikan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium