Najib jawab penipuan Guan Eng mengenai projek saluran paip TGSP dan MPP #pakdin.my

Asyik menipu dan memperbodohkan penyokong-penyokong mereka je, si Guan Eng ni.

Takpe. Saya jelaskan sekali lagi projek saluran gas yang dihidupkan semula oleh kerajaan PN pada awal tahun ini yang kini sedangkan dijadikan isu oleh puak PH.

Bulan Jun 2018 sejurus selepas PRU14, kerajaan PH batalkan dua projek saluran paip yang dimulakan oleh kerajaan BN.

Lalu, Guan Eng tuduh ini adalah skandal rasuah RM9.4 bilion oleh kerajaan BN kerana dia mendakwa wang rakyat sudah digunakan untuk membayar 88% dari kos projek walaupun hanya 13% projek siap.

Dia kata dia dengan SPRM akan melawat ke negara China untuk siasat skandal ini.

Namun sepanjang 22 bulan mereka memerintah, kerajaan PH tidak dapat mencari apa-apa kesalahan atau rasuah tetapi masih mahu gelar projek ini sebagai skandal. (begitu juga dengan projek ECRL yang akhirnya syarikat MRL mengaku bahawa kos projek ECRL masa BN bukan melampau).

PH juga tidak mahu membuat RCI atau siasatan PAC untuk mencari bukti ataupun berani mendedahkan perjanjian projek itu untuk menunjukkan garis masa projek serta jadual bayaran projek.
Walaupun saya telah banyak kali suruh kerajaan PH tubuhkan RCI tapi mereka tak berani sebab akan terbongkar propaganda mereka terhadap saya.

23 Ogos 2018: Najib Gesa Kerajaan Tubuh RCI Projek ECRL Dan Saluran Gas Paip Sabah
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1635388

Saya ingin menjelaskan sekali lagi tentang kedua-dua projek saluran paip ini.

  • Saluran paip pertama ialah Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) untuk menghubungkan Pengerang dengan rangkaian saluran paip nasional di Melaka.
  • Tujuan utama MPP ini ialah untuk menyalurkan petrol dan diesel yang ditapis di projek Pengerang boleh disalurkan terus ke seluruh semenanjung demi mengurangkan kos pengangkutan petrol dan diesel dan mengurangkan penggunaan lori minyak di lebuhraya utama.
  • Projek kedua ialah Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) untuk menyalurkan gas dari kawasan pengeluaran gas ke pantai timur Sabah untuk penjanaan elektrik bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan tenaga elektrik di sana.
  • Kedua-dua projek saluran paip MPP/TSGP dianugerahkan kepada China Petroleum Pipeline Engineering (CPP)
  • CPP adalah sebuah unit di bawah syarikat gergasi petroliam milik negara China iaitu China National Petroleum Corp (CNPC).
  • CNPC adalah syarikat ke-4 terbesar dengan pendapatan tahunan sebanyak RM1.6 trilion tahun lepas.
  • Kos kedua-dua projek saluran paip MPP/TSGP tidak pernah dituduh lebih tinggi dari harga pasaran sebelum ini.
  • Tempoh pembinaan dua-dua projek dalam kontrak adalah 3 tahun.
  • Perjanjian untuk kedua-dua projek ini ditandatangan pada bulan November 2016 dan projek hanya dilancarkan pembinaannya pada bilan April 2017 tetapi dihentikan oleh kerajaan PH pada bulan Mei 2018.
  • Projek saluran paip bukan seperti projek pembinaan lebuhraya atau jambatan.
  • Bahagian besar kos projek saluran paip ialah kos pembuatan paip besar dengan penyalut kalis karat. Paip dibuat di kilang mereka sebelum mula dipasang. (Guan Eng ada periksa kilang jika tiada paip dibuat?)
  • Kerja memasang paip adalah jauh lagi pantas berbanding membina lebuhraya atau jalan.
  • Hampir 85% dari wang yang telah dibayar untuk projek ini adalah dari pinjaman faedah rendah (soft loan) dari bank kerajaan China.
  • Erti kata lain, kerajaan China yang membayar syarikat kerajaan China – BUKAN kerajaan Malaysia yang bayar kontraktor.
  • Kos TSGP yang panjangnya 500km adalah RM4.06 billion.
  • Bandingkannya dengan kos projek saluran paip Sabah-Sarawak Gas Pipeline (SSGP) yang panjangnya 500km yang sebelum ini selesai dibina dari tahun 2011 hingga 2014 dengan harga RM4.6 bilion.
  • Guan Eng telah mengesahkan bahawa segala bayaran projek ini adalah kepada syarikat CPP dan CNPC – bukan kepada pihak ketiga.
  • CPP dan CNPC pula mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan bahawa bayaran yang diterima mereka tidak dibayar kepada pihak lain atau untuk membayar hutang 1MDB.

Kalau nak gelar projek ini adalah skandal atau rasuah, kena ada ciri-ciri berikut:

  1. Kos projek itu lebih tinggi berbanding harga pasaran.
    Tapi PH tak pernah tuduh ini.
  2. Projek mega itu diberi kepada projek kecil yang tiada pengalaman (seperti projek terowong ajaib)
    Namun, projek ini diberi kepada syarikat ke-empat terbesar dalam dunia yang juga merupakan syarikat terbesar dalam indutri saluran paip.
  3. Bayaran projek itu telah dibuat kepada pihak lain.
    Tetapi Guan Eng sudah sahkan bayaran dibuat kepada syarikat kerajaan China tersebut.
  4. Projek itu tidak disiapkan pada masa yang ditetapkan.
    Itupun tidak kerana PH sudah hentikan projek ini selepas 1 tahun dari tempoh 3 tahun projek.
    Tiada dakwaan juga bahawa syarikat ke-4 terbesar di dunia tidak berupya untuk menyiapkan projek ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  5. Projek-projek ini tidak memberi manfaat kepada negara.
    Bukan juga. Kerana kedua-dua projek itu memang diperlukan.
    Misalnya projek saluran paip MPP mampu menyumbang kepada penurunan harga petrol dan diesel dan pengurangan kegunaan lori minyak di lebuhraya.
    Lagi parah ialah projek dibatalkan dengan alasan skandal atau rasuah yang tidak dapat dibuktikan selepas 18 bulan menyiasat tetapi PH tidak ingin mengeluarkan sebarang analisa kos dan faedah kepada negara kepada orang ramai supaya kita tahu keuntungan atau kerugian akibat pembatalan itu.

Dengan itu, di manakah skandal yang PH dan Guan Eng ini tuduh?

Lagi mahu tipu?

Berkaitan