Sunday - July 25, 2021 @ 08:51
POLITIKPILIHAN RAYA@NajibRazak Jumpa Pengerusi BN Negeri, Tingkat Spekulasi #PRU13

@NajibRazak Jumpa Pengerusi BN Negeri, Tingkat Spekulasi #PRU13

Kereta Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed meninggalkan perkarangan Bangunan Perdana Putra di sini hari ini selepas dipercayai mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional mengenai persiapan akhir pilihan raya.
-
Kereta Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed meninggalkan perkarangan Bangunan Perdana Putra di sini hari ini selepas dipercayai mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional mengenai persiapan akhir pilihan raya.
-

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis bertemu beberapa pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri di pejabatnya di Kompleks Perdana Putra di sini, meningkatkan lagi bahang spekulasi pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Perjumpaan itu dipercayai membincangkan senarai calon BN yang akan bertanding di setiap negeri dan persiapan mutakhir mereka.

Kelihatan memasuki perkarangan kompleks itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dan anggota Parlimen Sepang Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor juga dilihat hadir.

Turut sama ialah Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, tiada seorang pun daripada mereka yang hadir sedia berhenti untuk ditemu bual petugas media yang berkumpul menunggu mereka di hadapan pejabat Perdana Menteri di sini seawal 9.30 pagi.

Demam PRU-13 semakin hangat apabila Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan terbubar secara automatik tengah malam Rabu.

Esok, perdana menteri dijangka akan mengadakan perjumpaan dengan presiden parti-parti komponen BN.

BN terdiri daripada 13 parti komponen — Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, PRS, SPDP, PBS, PBRS, UPKO dan LDP.

Tempoh lima tahun mandat Dewan Rakyat akan berakhir 30 April dan akan terbubar secara automatik jika tidak dilakukan lebih awal.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here