Najib: Kerajaan Pakatan Harapan mungkin dah belanja wang GST RM18 bilion - pakdin.my

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mungkin sudah membelanjakan RM18 bilion wang pembayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Najib berkata, dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa BN merompak wang tuntutan GST adalah tidak berasas sama sekali.

Ini kerana katanya, seperti kutipan cukai dan pendapatan lain, kesemua kutipan GST dibayar terus ke dalam Kumpulan Wang Amanah Disatukan kerajaan.

Dari situ, katanya, dana dibayar ke akaun amanah tuntutan GST setiap bulan bagi memenuhi keperluan pembayaran tuntutan secara berterusan.

“Ini dibenarkan oleh undang-undang dan memenuhi peruntukan Akta GST 2014, yang dibentangkan di Parlimen di mana pemimpin HARAPAN juga hadir termasuk Guan Eng sendiri, maka sudah tentu beliau tahu,” kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, kata Najib tiada wang atau dana ‘dirompak’ kerana kesemua kutipan GST dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan.

“Oleh kerana kerajaan HARAPAN kehilangan pendapatan bagi tiga bulan apabila GST disifarkan dan SST belum lagi dilaksanakan, kerajaan HARAPAN mungkin sudah membelanjakan wang dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan yang sepatutnya digunakan untuk disalurkan kepada akaun amanah tuntutan GST bagi menampung perbelanjaan bulanan kerajaan.

“Akibatnya, kerajaan HARAPAN mengalami kesukaran untuk membayar tuntutan-tuntutan GST yang begitu banyak dan dibuat sekali gus dan memerlukan seseorang untuk dipersalahkan.

“Sebagaimana biasa, kesalahan itu dituding ke arah kerajaan BN walaupun ia adalah kesilapan kerajaan HARAPAN sendiri,” katanya.

Bagaimanapun Najib berkata beliau bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku bekas Menteri Kewangan.

“Jika dakwaan ini didapati tidak benar, maka Lim Guan Eng telah memperdaya Parlimen ketika beliau membuat tuduhan serius itu.
………..
BACA: [Video] Dakwaan BN ‘rompak’ wang GST: Khairy buat laporan polis
https://pakdin.my/video-dakwaan-bn-rompak-wang-gst-khairy-buat-laporan-polis/
………….
“Apabila itu berlaku, saya amat berharap Speaker Dewan Rakyat tidak lagi melindungi Lim Guan Eng kerana dewan yang mulia itu bukanlah tempat atau ruang bagi membuat dakwaan tidak berasas dan tuduhan yang bermotifkan politik,” katanya.

Ketika membentangkan RUU Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Mansuh) 2018 Selasa lalu, Lim mendedahkan audit dalaman Jabatan Kastam mendapati tabung bayaran balik GST kekurangan hampir RM18 bilion.

…………….

BACA: [Video] Menteri Kewangan Malaysia bengap, bongok, bengong, bodoh dan yang sewaktu dengannya!

https://pakdin.my/menteri-kewangan-malaysia-bengap-bongok-bengong-bodoh-dan-yang-sewaktu-dengannya/

…………..

Beliau mendakwa kerajaan BN memalsukan akaun dan menyalahgunakan dana dalam akaun bayaran balik GST untuk menutup defisit dasar kewangan kerajaan.

Bagaimanapun, Lim enggan mengaitkan perkara itu dengan Najib, sebaliknya berkata bekas setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah pasti “tahu” mengenainya.

Irwan menafikan dakwaan bahawa kerajaan BN telah merompak bayaran balik GST dan membuat laporan kepada SPRM pagi ini.
……….
BACA: ‘Rompak’wang tuntutan GST: Bekas KSU Perbendaharaan buat laporan SPRM
https://pakdin.my/rompakwang-tuntutan-gst-bekas-ksu-perbendaharaan-buat-laporan-sprm
………….
Rujukan:
Irwan Siregar – Tiada Wang Bayaran Balik GST Yang Hilang
https://pakdin.my/irwan-siregar-tiada-wang-bayaran-balik-gst-yang-hilang
………….

UTAMABERITANajib: Kerajaan Pakatan Harapan mungkin dah belanja wang GST RM18 bilion

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium