Najib Kesal Kekalahan BN Kerana Penyelewengan Fakta

Kongsi:

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak terkilan dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu tetapi apa yang membuatkan dirinya kesal adalah kerana kekalahan itu disebabkan penyelewengan fakta yang sebenarnya.

Jelas beliau, menang dan kalah adalah adat pertandingan tetapi hatinya amat ralat kerana kempen memburukkan pemimpin dan janji manis yang tidak mungkin dapat dilaksanakan telah merosakkan sistem demokrasi.


Lihat video:
https://youtu.be/E0j_sVlCY4c

“Pada saya, menang kalah itu adat pertandingan, saya tidak ralat kalah kerana pihak satu lagi ada agenda yang lebih baik tetapi sebaliknya terasa dalam hati saya bukan agenda, bukan soal dasar yang diadili tetapi kempen memburukkan pemimpin dan janji-janji manis yang tidak mungkin dapat dilaksanakan mereka.

“Apa yang kita lakukan iaitu kejayaan Dasar Transformasi Nasional telah membuahkan hasil yang tidak dapat disangkal. Malangnya segala yang kita buat secara positif, kebaikan-kebaikan yang kita telah laksanakan tidak diberi aspirasi yang sepatutnya,” jelas beliau dalam ucapan Perasmian Mesyuarat Cawangan UMNO dan sayap-sayap bahagian Pekan.

Ujar beliau, kempen yang bersifat terlalu menyerang peribadi dan menabur fitnah kebencian serta janji manis yang sebahagian besarnya jelas tidak akan dapat dilaksanakan telah menyebabkan kekalahan kepada UMNO dan BN.

“Bandingkan apa yang mereka kata waktu berkempen… ekonomi Malaysia buruk… Malaysia ini gagal, negara akan bankrap, hutang negara bertimbun-timbun, tetapi tiga hari selepas mereka menang, ekonomi Malaysia kukuh, rezab kita 430 bilion…, takkanlah dalam masa tiga hari sahaja negara yang dikatakan menghampiri bankrap boleh menjadi negara yang ekonominya kukuh.

“Mereka ini ada lampu ajaibkah… lampu aladinkah… gosok-gosok lampu tu dan dalam tiga hari tidak perlu selamatkan Malaysia lagi sedangkan sebelum ini mereka kata perlu selamatkan Malaysia, hari ini ekonomi Malaysia adalah baik dan kukuh yang boleh membawa negara lebih maju lagi,” jelas beliau.

Najib seterusnya berkata keluarga beliau juga dijadikan sasaran terutama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang difitnah kononnya mencampuri urusan dan menentukan keputusan dibuatnya.

Sedangkan, menurut Najib, tidak pernah sekali pun beliau mengatakan ‘tunggu dulu, saya perlu tanya isteri’ kerana semua keputusan melibatkan pentadbiran negara atau parti diputuskan pada mesyuarat Kabinet atau pun Majlis Tertinggi parti.

Walaupun sedih dengan kekalahan itu, Najib berkata sebagai seorang mengamalkan prinsip demokrasi beliau menerima keputusan yang dibuat rakyat dan menyerahkan kuasa dengan baik.

Katanya luahan hatinya itu dibuat di Pekan, kerana penduduk di sini mengenali dirinya yang sudah 42 tahun berkhidmat di daerah ini, tempat bermulanya karier beliau dalam arena politik. –MediaUMNO

http://pakdin.my/tag/umno
http://pakdin.my/tag/najib-razak

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

55 Replies to “Najib Kesal Kekalahan BN Kerana Penyelewengan Fakta

  1. KEPAK AYAM SWEET & SPICY ❤

    Bahan2:

    chicken wings – bersihkan
    kicap manis – brand apa pun ok
    sos tiram
    madu
    sos cili pedas
    serbuk sweet paprika@serbuk cili
    serbuk black pepper
    bawang putih n halia (termasuk kunyit tu yang kuning..ehehehe..tumbuk lumat yer)
    halia tu dalam 2ruas..bwg putih dalam 10 ulas utk 10ketul chicken wings
    perencah cukup rasa..klo xnak boleh letak garam n gula secukup rasa.

    Cara2:

    campurkan semua bahan secukup rasa.
    perap selama sejam atau lebih
    panaskan minyak dalam kuali (sikit ajer)
    tuangkan semua masuk.guna api perlahan saja.
    so biarkan masak.alih2kan untuk elakkan hangit.

    Tadaaaa…dah siap!!

    Selamat mencuba!!

    #TunM
    #Thelegend

  2. lambt laun rakyat akn sedar tpi msa tu mungkin dh terlewat utk kita menyesali ape yg dh berlaku,berdoa ajelah supaya negara msih selamat ditangan mrk2 yg tamakn kuasa dmi kepentingan diri semata mata.waulahuallam.

  3. Klu palsu dan tak mansuh pun 1jun, kerajaan mana yg memerintah letak cukai pada rakyat tetap jatuh, tunggu 5thn lagi kuasa ditangan rakyat memilih…
    5thn saja PH memerintah sebulan pun belum, umno bn dah puluhan tahun tak kan nak meroyan kot, bukan semua janji umno bn dah dilaksanakan, cukup cukup lah melayu elite melantak duit rakyat dah byk.. PH 5thn ja 1bulan pun belum lagi..

  4. Pendapat saya sebagai rakyat kekakalahn Bn disebabkan peribadi peminpin bn sendiri. Tidak menyantuni dan ikut kehendak rakyat.
    Rakyat yg menilai atas apa yg mereka rasai selama bn memerentah.
    1. Rakyat dilayan dgn baik rasa tertindas dan tertekan oleh sara hidup yg mendesak dan terlalu tinggi hingga ketahap tidak mampu membeli walaubia merupakan keperluan harian.
    2. Sekendel demi sekendal yg tidak terungkai dan rakyat berpendapat berhak mengetahui sesuatu sekandel dengan jelas telus dan adil.
    3.Perilaku bermewah2 melebihi batasan peminpin keluarga dan keroni dgn jelas duit rakyat yg biaya dan tidak seoatutnya berlaku. Menampakkan keegoan dan bermegah2 diatas penderitaan rakyat.
    4. Sikap peminpin dan keroni ego sombong malah bersikap samsing menindas terhadap pehak lawan yg rakyat lihat tidak harus berlaku.
    Peminpin baru sekarang harus jadikan yg diatas berlaku pada partinya. Kerana perasaan tidak selesa dan benci akan mula ujut dari awal mereka memerentah lagi. Dan menonjol kebaikkan dan menyantuni rakyat disaat ahir menjelang pru sudah tidak lagi akan membantu utk mengubah rakyat utk memberi kembali sokongan

  5. Maaf mencelah ye..sst tu dikenakan pada manufature je kn..tp kalau fikir logik ade ke pengilang yg sanggup tanggung cukai tu sendiri tanpa kenaikan harga barang??

    Ini pendapat sy je kalau salah betulkan ye..gst dikenakan pada semua peringkat..tp peringat pengeluar smpai pemborong boleh claim balik gst kn..rakyat yg kne gst dpt brim kn sehingga 2k(kalau menang)..so maknenye cukai tu ade tp kalau kira balik rasenye xsmpai 6% dr apa yg kite belanjakan setahun.. maknenye kite kne cukai anggaran dlm 3.5% je..

    Kalau salah betulkan ye

  6. Betul la tuh…kami warga Jabatan Penerangan pusing satu Malaysia terangkan pasal kebaikan GST…tetap juga tak hadam geng2 yg otak nya beku..SST NIH dah 40 thn lebih dilaksanakan…by the way idea nak laksanakan GST bermula di zaman Anwar Ibrahim sewaktu dia jadik menteri kewangan BN 25 thn lepas…kajian tentang nak laksanakan GST, dibuat oleh kerajaan BN dibwh Mahathir, dihantar pegawai2 yg mahir ekonomi utk menkaji sistem percukaian GST ke negara2 yg terlebih dulu amalkan GST..tapi sebabkan takut sokongan rakyat hilang, Mahathir tak implement kan GST..tibe time Najib, dia tahu, bukan senang nak pastikan negara kecil mcm Malaysia nih ade income yg sustainable..so dia pelbagaikan source pendapatan negara…ketirisan pendapatan cukai negara sebahagian besar adalah kerana sewaktu SST, cukai hanya dikenakan kepada pengilang sahaja, sedangkan apabila pemborong dan peruncit members barangan tersebut utk jualan/bhn niaga mereka, tax @ mark up harga adalah perkara biasa..sedap2 rasa mereka nak letak 10-12 % campur tax perkhidmatan…tapi KITA TAK NAMPAK TAX NI SEBAB TAKDE DLM RESIT, beza dengan GST…KITA NAMPAK DGN JELAS TAX YG DIKENAKAN…nak tanye? Org kita memang suke kena tipu kan??

  7. GST yang dikenakan berdasarkan perbelanjaan adalah cukai zalim yang mesti dihapuskan. Ia menambah pendapatan negara dengan cara yang salah, mengcekik 6% pemilikan dari poket rakyat termasuk golongan miskin dan menyebabkan kenaikan harga barang.
    Alternatif yang dikemukakan oleh PAS ialah cukai terhadap pemilikan orang kaya sebagaimana model zakat Islam terhadap pegangan saham di Bursa Malaysia dan simpanan korporat dengan dikenakan cukai 2.5% apabila cukup tempoh setahun pemilikan dan melepasi nisab nilai harta RM17,500. Cukai ini adalah hak milik rakyat miskin pada pemilikan golongan kaya.
    Nilai pegangan saham di Bursa Malaysia ialah RM1.9 trilion untuk Disember 2017. Pada kadar cukai serendah 2.5% ini sahaja pun, Kerajaan boleh mendapat hasil sebanyak RM47.5 bilion; melepasi jumlah kutipan GST pada tahun 2017 yang hanya berjumlah RM44 bilion sahaja.
    Simpanan rakyat Malaysia di bank pula untuk 2017 ialah RM1.7 trilion berbanding 2015 sebanyak RM1.66 trilion. Dengan anggaran RM500 bilion dimiliki oleh korporat, jika dikenakan cukai 2.5% mengikut model zakat Islam terhadap wang simpanan apabila cukup tempoh setahun dan melepasi nisab RM17,500, maka Kerajaan boleh mendapat hasil sebanyak RM12.5 bilion. Menjadikan jumlah keseluruhan pendapatan negara dari kedua-dua sistem cukai alternatif ini ialah RM60 bilion bagi 2017.
    Sebenarnya, inilah nilai pendapatan yang hilang akibat Kerajaan gagal mengenakan cukai kepada pemilikan harta orang kaya menurut model zakat dan sistem ekonomi Islam yang menjadi hak milik rakyat marhaen.
    PAS mengemukakan manifesto yang sangat praktikal menurut kaedah ekonomi Islam. Apabila sistem ekonomi Islam diterima pakai, rakyat dan negara mendapat manfaat dan keadilan.

  8. Tp still ade perkataan gst kn kn kn..anytime kalau dia ckp ade gst balik mcm mne???
    Hahahaha
    Nk menangis meratap merayu??
    Ke nak lompat masuk parti lain pulak??
    Gst cukai..sst pn cukai..
    Kalau xde cukai mne negara nk cari income?? Nk harap getah kelapa sawit n minyak??? Cukup ke???

    Hahahaha

  9. Afif Fie mmg ler sbb belum laksana lagi sst ..org umno je yg kn gst nie..kakaka..sory lah nk lompat parti lain esp umno yg dipenuhi rasuah dan penyelewangan..hahah..kesian sungguh lah dgn macai2 umno nie..apa yg taksub sgt pun xtaw lah..gst sje ke cukai kt malaysia ni ada ??adoiii..berat lah mu nie,.hahaha

  10. Eleh relax lah tak sampai sebulan lagi PH MEMERINTAH, ramai dah yg dok kata habis la melayu, kena lah tipu dgn PH..
    Tapi yang umno bn menipu pulihan tahu tu apa hal pulak, yg tak ada akai ni dok. Sokong umno bn lagi dok jilat gst bgus gst bgus, tapi kepatat umno bn melantak duit rakyat perkaya melayu atasan tak pikir pulak, la ni baru la melayu tau dapat dkt dap meroyan lah hahahahahaha

  11. Assalam … wt sahabat2, izinkan saya komen cikit. Ya!!! saya sangat2 bersetuju 150% apa yg telah dirungkaikan dan yg tlh diluahkan oleh DSN tu. Kalah menang adat bertanding tetapi yg membuatkan kalah adalah disebabkan penyelewengan Fakta, fitnah memburukkan kerajaan juga pemimpin serta keluarganya sekali dan janji2 manis yg x mungkin dpt dilaksanakan. Tapi walauapa pun mereka telah menang disbbkan oleh permainan catur mereka yg tak junur dan dengki. Tak apa tahniah diucapkan dengan hati yg kesal buat pemenang. Jalankanlah tugasan mu yg kata utk menyelamatkan M’sia…. hanya Allah yg maha mengetahui segala-galanya. Allahuakbar!!!.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.