25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Najib: Kita hampir hilang pelaburan Aramco kerana politik sempit

PUTRAJAYA: Malaysia hampir terlepas pelaburan besar dari Saudi Aramco, yang dimeterai akhir bulan lepas, kerana sikap tidak patriotik sesetengah pihak yang menyalurkan maklumat tidak betul mengenai negara kepada syarikat minyak Arab Saudi itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Saudi Aramco pada mulanya keberatan untuk melabur di Malaysia setelah diberi maklumat kononnya Malaysia diletakkan dalam kategori berisiko politik.

Saudi Aramco diberikan maklumat kononnya Malaysia tidak stabil, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hampir bankrap dan kerajaan tidak berkemampuan untuk membayar gaji penjawat awam.

“Ini kerana ada orang yang tiada hati perut, motif mereka adalah politik tetapi yang jadi mangsa adalah rakyat Malaysia,” kata beliau ketika melancarkan Ekspresi Negaraku di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Hanya apabila diberikan maklumat sahih bahawa Malaysia adalah negara yang berjaya dan mendapat penarafan A, kata Najib, kepercayaan Saudi Aramco terhadap Malaysia dikembalikan dan Malaysia mendapat pelaburan RM31 bilion.

Saudi Aramco dan Pertronas memeterai perjanjian pelaburan bernilai RM31 bilion pada 28 Februari lepas.

Di bawah perjanjian itu, Saudi Aramco, syarikat petroleum dan gas asli nasional Arab Saudi, akan membangunkan dan menguruskan loji penapisan minyak di Pengerang (Johor), di bawah projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).

Sebelum ini, Najib pernah berkata, RM31 bilion adalah satu jumlah pelaburan yang amat besar signifikannya.

Katanya, keputusan tersebut, yang dibuat selepas rundingan menyeluruh selama tiga minggu antara kedua-dua pihak, kemungkinan merupakan yang terbesar dalam projek itu setakat ini.

 

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Ekonomi – Mahathir Vs Najib

Aku tengah tengok temuramah Sinar Harian terhadap DS Najib. Satu soalan yang ditanya adalah apakah...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Komen

  1. Pembangkang dan penyokongnya dah memang dari dulu lagi cuba menggagalkan apa jua perancangan yg kerajaan lakukan.Berbagai cara dan gaya mereka pamerkan kepada rakyat bagi menambah kebencian terhadap kerajaan.Dlm diam pembangkang pada hakikatnya banyak menyusahkan rakyat daripada mensejahterakan rakyat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...