Najib: Kita hampir hilang pelaburan Aramco kerana politik sempit - pakdin.my

PUTRAJAYA: Malaysia hampir terlepas pelaburan besar dari Saudi Aramco, yang dimeterai akhir bulan lepas, kerana sikap tidak patriotik sesetengah pihak yang menyalurkan maklumat tidak betul mengenai negara kepada syarikat minyak Arab Saudi itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Saudi Aramco pada mulanya keberatan untuk melabur di Malaysia setelah diberi maklumat kononnya Malaysia diletakkan dalam kategori berisiko politik.

Saudi Aramco diberikan maklumat kononnya Malaysia tidak stabil, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hampir bankrap dan kerajaan tidak berkemampuan untuk membayar gaji penjawat awam.

“Ini kerana ada orang yang tiada hati perut, motif mereka adalah politik tetapi yang jadi mangsa adalah rakyat Malaysia,” kata beliau ketika melancarkan Ekspresi Negaraku di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Hanya apabila diberikan maklumat sahih bahawa Malaysia adalah negara yang berjaya dan mendapat penarafan A, kata Najib, kepercayaan Saudi Aramco terhadap Malaysia dikembalikan dan Malaysia mendapat pelaburan RM31 bilion.

Saudi Aramco dan Pertronas memeterai perjanjian pelaburan bernilai RM31 bilion pada 28 Februari lepas.

Di bawah perjanjian itu, Saudi Aramco, syarikat petroleum dan gas asli nasional Arab Saudi, akan membangunkan dan menguruskan loji penapisan minyak di Pengerang (Johor), di bawah projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).

Sebelum ini, Najib pernah berkata, RM31 bilion adalah satu jumlah pelaburan yang amat besar signifikannya.

Katanya, keputusan tersebut, yang dibuat selepas rundingan menyeluruh selama tiga minggu antara kedua-dua pihak, kemungkinan merupakan yang terbesar dalam projek itu setakat ini.

 

UTAMAEKONOMINajib: Kita hampir hilang pelaburan Aramco kerana politik sempit

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium