26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

@NajibRazak Kongsi Pengalaman Di Gaza, Palestin Dengan 1,000 Anggota NCWO

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh beramah mesra dengan cucu Al-Jabari semasa melawat ke rumah mangsa yang telah dibom Al Jabaari di Bandar Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh beramah mesra dengan cucu Al-Jabari semasa melawat ke rumah mangsa yang telah dibom Al Jabaari di Bandar Gaza

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi pengalaman beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa lawatan kemanusiaan ke Gaza, Palestin baru-baru ini.

Beliau berkongsi kisah penderitaan dan kesusahan yang dialami penduduk wilayah tebing barat itu berikutan keganasan rejim Zionis Israel, dengan lebih 1,000 anggota Persatuan Wanita Kebangsaan Malaysia (NCWO) sempena sambutan jubli emas persatuan itu di Dewan Perdana Felda di sini.

Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menceritakan pertemuannya dengan seorang wanita yang kehilangan empat orang anaknya dalam insiden keganasan di wilayah itu.

“Cuba bayangkan ibu yang kehilangan empat orang anaknya kerana keganasan dalam konflik di Gaza dan ibu itu beritahu pada isteri saya bahawa tiap-tiap pagi dia peluk anak-anak dia sebab dia tidak tahu pada akhir hari tersebut sama ada mereka akan bertemu lagi atau tidak.

“Itulah satu cerita yang menyayat hati saya dan isteri selain banyak lagi sebenarnya kisah dan gambaran yang boleh kita jadikan iktibar dan peringatan,” katanya dalam ucapan perasmian itu.

Justeru, beliau berharap rakyat di negara ini mensyukuri dan menghargai asaskeamanan, keselamatan dan kestabilan yang dikecapi di Malaysia.

Lawatan kemanusiaan Perdana Menteri ke Gaza pada Selasa lepas dilihat membuka mata masyarakat dunia berhubung keprihatinan Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan betapa perlunya penindasan rejim Zionis Israel ke atas Palestin dihentikan segera.

Sementara itu, Najib turut membidas sikap pembangkang yang sering memperlekeh usaha baik kerajaan dalam memberi kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

Malah, beliau menyifatkan sikap pembangkang itu sebagai tidak konstruktif dalam membuat kritikan terhadap usaha kerajaan yang positif.

“Masalahnya kita ada pembangkang. Kalau kita baik, dia akan cuba perlekehkan. Saya pergi Gaza pun ada orang perlekeh. Bila kita buat Permata pun ada yang nak perlekehkan. Mereka tidak konstruktif dalam kritikan.

“Cubalah kata ini baik, tak apalah kerajaan buat. Kalau baik katalah yang baik. Sepatutnya itulah peranan pembangkang yang konstruktif tapi apapun ia, kita ada masa yang akan tiba tidak lama lagi untuk kita buat penilaian yang mana baik yang mana sebaliknya,” katanya.

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan