32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 10, 2021

Najib Lancar 250 Kedai 1Malaysia D’Mart Seluruh Negara

PEKAN, 27 Ogos  — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu melancarkan serentak 250 buah Kedai 1Malaysia D’Mart yang terdapat di semua tanah rancangan Felda di seluruh negara.

Pelancaran itu diadakan di Kedai 1Malaysia D’Mart Chini di Felda Chini Timur 2 di sini.

Ketika berucap, Najib berkata serentak dengan pelancaran itu, semua kedai D’Mart akan mula menjual produk 1Malaysia dengan harga yang ternyata lebih rendah dari produk berjenama yang dijual di kedai runcit biasa.

“Produk 1Malaysia dari segi kualitinya dijamin setanding dengan produk sama yang berjenama lain tetapi perbezaan harganya amat banyak.

“Contohnya harga setin ikan sardin berjenama ialah RM3 tetapi harga sardin 1Malaysia hanyalah RM1.30, manakala harga sebotol sos cili berjenama dijual pada harga RM2.10 tapi harga 1Malaysia cuma RM1.80,” katanya.

Perdana Menteri berkata selain produk makanan, kedai D’Mart turut menjual produk kegunaan harian 1Malaysia dengan harga rendah seperti lampin bayi dan sebagainya.

Menurut beliau, kewujudan Kedai 1Malaysia adalah bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat sekaligus dapat menutup mulut pihak pembangkang yang mendakwa kerajaan sentiasa menaikkan harga barangan di pasaran.

“Dengan adanya kedai ini, rakyat Felda dapat berjimat sehingga 40 peratus perbelanjaan mereka dan ini dapat memberikan banyak faedah kepada mereka,” jelasnya.

Sementara itu pada majlis berbuka puasa bersama penduduk gugusan Felda Chini, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM6.88 juta bagi membina, membaiki dan menaik taraf kemudahan di kawasan gugusan Felda Chini termasuk klinik kesihatan, masjid dan dewan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.