Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Malaysia
28,674
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,242,532
Confirmed
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Indonesia
4,086,759
Recovered
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Indonesia
143,333
Deaths
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm

Thailand

Thailand
1,884,973
Confirmed
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Thailand
1,766,823
Recovered
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Thailand
19,006
Deaths
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm

Global

All countries
245,927,235
Confirmed
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
All countries
221,155,980
Recovered
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
All countries
4,990,603
Deaths
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm

Najib lancar Universiti Perdana, Tun Mahathir dilantik canselor

Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin melancarkan Universiti Perdana dan mengumumkan kerajaan akan menyediakan biasiswa yang besar kepada rakyat Malaysia yang dipilih menuntut jurusan perubatan di kedua-dua sekolah perubatan universiti itu.

Biasiswa itu adalah bagi penuntut Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) dan Sekolah Perubatan Perdana University-Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RSCI), kata Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Isnin diumumkan sebagai Canselor pertama universiti itu.

Dalam ucapannya, Najib menyifatkan pembukaan universiti itu di sini sebagai langkah yang dapat meletakkan Malaysia dalam peta dunia bagi menyediakan pendidikan dan penyelidikan serta perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.

“Saya berharap bahawa dalam usahanya mencapai tahap bertaraf dunia itu, universiti ini akan berusaha menjalin hubungan dengan institusi tempatan dan bakat-bakat tempatan,” katanya.

Pengambilan pertama seramai 105 penuntut akan mengikuti pengajian mereka di fakulti sementaranya di ibu pejabat Mardi sini sementara menunggu kampus tetapnya siap pada 2013.

PUGSOM menawarkan buat pertama kalinya di Malaysia, program kemasukan mahasiswa selama empat tahun berdasarkan kurikulum Amerika Syarikat, dengan kerjasama Sekolah Perubatan University Johns Hopkins.

Sekolah Perubatan PU-RCSI pula menawarkan program lima tahun berdasarkan kurikulum konvensional, dengan kerjasama Royal College of Surgeons in Ireland.

Najib berkata universiti baru itu, yang disifatkannya sebagai hasil satu kerjasama berpandangan jauh antara konsep perkongsian awam-swasta kerajaan dan sektor korporat, merupakan satu mercu tanda buat Malaysia.

“Secara peribadi, saya amat teruja dan begitu yakin ianya akan memberikan hasil yang amat besar dalam mendidik dan memajukan satu generasi baru profesional perubatan dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dan kepakaran bagi memenuhi keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang semakin meningkat di seluruh dunia,” katanya

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021