Najib Makan Nasi Kandar Di Restoran Nasi Kandar Beratur - pakdin.my

nasiberatur2

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor memilih juadah di Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor memilih juadah di Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling

GEORGE TOWN  — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa menjamu selera menikmati menu nasi kandar yang popular di negeri ini iaitu Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling dalam rangka lawatan kerja dua harinya ke negeri ini.

Beliau yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua orang anaknya iaitu Nooryana Najwa dan tunangnya Daniar Nazarbayev serta Ashman Razak, menjamu selera selama 40 minit.

Mereka dihidangkan dengan pelbagai makanan antaranya ayam goreng, telur masin, kari ikan, sambal sotong dan sayur bendi.

Perdana menteri dan keluarganya kelihatan teruja menikmati hidangan itu memandangkan beliau sememangnya merancang untuk menikmati kelazatan nasi kandar Pulau Pinang.

“Alhamdulillah…hajat saya tercapai, dapat makan nasi kandar. Nasi ini memang sedap, original…tapi kena makan di kedai baru puas, nak bawa balik hotel tak boleh,” katanya kepada pemberita selepas selesai menjamu selera di restoran Nasi Kandar Beratur di sini Ahad malam.

UTAMABERITANajib Makan Nasi Kandar Di Restoran Nasi Kandar Beratur

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium