Najib menghadap Jemaah Pemangku Sultan – Nama MB Baharu diserah - pakdin.my

najib-jemaah-pemangku-sultan-tukar-mb-kedah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman dipercayai bagi mendapat perkenan berkaitan penukaran Menteri Besar Kedah.

Najib yang menaiki kereta rasmi perdana menteri, tiba di Istana Darul Aman di Bukit Persekutuan, di sini, kira-kira pukul 8.15 pagi sebelum beliau dilihat meninggalkan istana tersebut pada jam 9.15 pagi.

Ahli jemaah pemangku ialah Tunku Temenggong, Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah; Tunku Laksamana, Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar, Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Difahamkan, pertemuan tersebut turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din. Difahamkan jika semuanya berjalan dengan lancar, Menteri Besar Kedah yang baharu akan mengangkat sumpah pada Isnin.

Dalam masa yang sama, portal berita tempatan The Star melaporkan bahawa pegawai-pegawai Mukhriz sudah pun mula sibuk ‘mengemas’ pejabat dan kediaman rasmi Menteri Besar di Sri Mentaloon, Alor Setar.

Polemik kepemimpinan tercetus apabila kumpulan wakil rakyat diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Ahmad Bashah Bashah Md. Hanipah mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada Mukhriz.

Jentera pentadbiran kerajaan Kedah juga gagal berfungsi selepas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menyokong gerakan menjatuhkan Mukhriz ‘memboikot’  mesyuarat Exco pada Rabu lalu.

UTAMAPOLITIKNajib menghadap Jemaah Pemangku Sultan - Nama MB Baharu diserah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium