Najib Mulakan Langkah Tindakan Undang-Undang Terhadap Artikel WSJ - pakdin.my

surat-lawyer-najib-awsj-1 surat-lawyer-najib-awsj-2

Datuk Seri Najib Tun Razak telah menuntut penjelasan daripada The Wall Street Journal berhubung artikelnya bertarikh 3 Julai yang membabitkan diri beliau yang didakwa memindahkan dana 1Malaysia Development Bhd ke dalam akaun peribadinya.

Firma undang-undangnya, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti “fakta untuk meneruskan arahan selanjutnya” melalui pihak-pihak yang terlibat menulis, mengedar dan menerbitkan artikel tersebut.

Ini adalah untuk membolehkan “penyerahan sebarang surat undang-undang atau dokumen mahkamah dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut kenyataan ini, ia diarahkan untuk “menangani semua kemungkinan atau kemunasabahan mengikut remedi guaman di mana pelanggan kami akan diberi nasihat atas tindakan fitnah, tindakan dalam liku-liku selanjutnya dan remedi termasuk sebarang pelanggaran undang-undang oleh WSJ dan syarikat-syarikat berkaitan dan (jika ada) konspirasi.”

“Ini bukan satu tindakan undang-undang langsung disebabkan oleh dakwaan-dakwaan kebangsaan dan antarabangsa. Kami telah diarahkan untuk mengenal pasti fakta dan meletakkan fakta yang lengkap, sebelum pelanggan kami, boleh meneruskan arahan selanjutnya.


Artikel WSJ: Najib Mahu Dapatkan Pendirian Dow Jones

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu penerbit The Wall Street Journal menyatakan pendiriannya terhadap dua artikel berkaitan dakwaan pemindahan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ke akaun peribadi Perdana Menteri.
Dalam surat bertarikh 8 Julai kepada Dow Jones and Company Inc, firma undang-undang Perdana Menteri, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, berkata pihaknya mahu  “mendapatkan pendirian anda” kerana artikel tersebut secara kolektif “mencadangkan bahawa anda tidak pasti sumber asal wang tersebut dan apa yang berlaku kepada wang itu” sementara di sisi lain, intipati umum artikel itu mewujudkan gambaran jelas bahawa pelanggan kami telah menyalahgunakan wang AS$700 juta milik 1MDB.”
“Tuduhan yang dibuat terhadap pelanggan kami dalam artikel tersebut adalah serius dan pengesahan ini bertujuan untuk membolehkan kami memberikan nasihat kepada pelanggan kami tentang tindakan undang-undang yang sesuai yang boleh diambil untuk mendapatkan pembelaan berhubung artikel itu,” kata surat itu yang ditandatangani Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Surat itu menyebut, artikel yang ditulis oleh Simon Clark dan Tom Wright, bertajuk “Malaysian leader’s accounts probed” and “Scandal in Malaysia” membawa “begitu banyak hujah berbelit, keji dan tidak jelas tuduhan terhadap pelanggan kami.”
“Kami menuntut jawapan dalam tempoh 14 hari dan sila beritahu kami sama ada anda telah melantik peguam cara di Malaysia untuk menerima prosiding tindakan undang-undang,” katanya.
Surat itu untuk perhatian David Pitofsky, Peguam Negara, dan dialamatkan kepada Lembaga Pengarah, Dow Jones and Company Inc, Avenue of the Americas di New York.

UTAMAEDITORIAL1MDBNajib Mulakan Langkah Tindakan Undang-Undang Terhadap Artikel WSJ

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium