30.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Najib nafi adakan pertemuan dengan Netanyahu di PBB

najib-fitnah-jumpa-netanyahu

MILAN, Itali: Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, beliau sebenarnya telah bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap dan beliau pula selepas itu.

“Bukan saya jumpa ..terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap,” beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai gambar beliau yang dikatakan bertemu dengan Nethanyahu yang disebarkan di laman sosial.

Beliau berkata demikian pada akhir lawatan kerja ke Itali selama tiga hari mulai Jumaat.

Beliau berkata, pada masa itu pemimpin itu sedang menunggu keretanya.

“Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh Menteri Luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaysia di PBB,” katanya.

Najib berkata, jika beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel itu tentulah ia dalam keadaan yang lebih formal.

Beliau berkata, orang ramai dapat membezakan perkara yang benar dan sebaliknya.

“Apa-apa boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi gambaran salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial,” katanya.

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan