25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

Najib @NajibRazak Ucap Terima Kasih Kepada Lebin 100,000 Pengunjung Rumah Terbuka

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terharu dengan kehadiran orang ramai bagi memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan menteri Kabinet hari ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada lebih 100,000 pengunjung, yang membanjiri kediamannya di Seri Perdana, Putrajaya untuk bertemu dan menyambut lebaran bersama barisan pemimpin negara.

“Terima kasih kepada semua yang telah hadir di rumah terbuka Kabinet hari ini. Saya terharu dengan kemeriahan majlis,” katanya dalam tweet terbaharu beliau pada kira-kira 8.40 malam Ahad.

Meskipun majlis itu dijadual bermula pada jam 10.30 pagi, namun orang ramai mula beratur seawal 9 pagi di pekarangan Seri Perdana untuk bersalaman dan mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ kepada Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, serta menteri Kabinet.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, serta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Selain disajikan dengan pelbagai juadah enak, pengunjung menerima buah tangan manakala kanak-kanak diberi duit raya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.