Najib persoal tiada tindakan berhubung RCI Forex - pakdin.my

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan kegagalan pihak berkuasa bertindak ke atas cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat kerugian urus niaga tukaran mata wang asing (Forex) Bank Negara Malaysia pada 1990-an.

Najib berkata, RCI yang ditubuhkan bagi menyiasat perkara berkenaan merupakan badan siasatan tertinggi negara dan syor dikeluarkan oleh suruhanjaya itu perlu diambil tindakan dan dipatuhi.

“Syor laporan RCI untuk skandal forex di mana wang rakyat sebanyak RM33 bilion (bersamaan dengan nilai RM100 bilion sekarang) lesap adalah untuk pihak polis menyiasat penyalahgunaan kuasa dan salah laku.

“Sehingga kini, satu sen dari wang RM33 bilion yang hilang itu tidak pernah dikembalikan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Dalam laporan setebal 400 muka surat, RCI, yang dipengerusikan oleh bekas ketua setiausaha negara dan pengerusi Petronas, Mohd Sidek Hassan, menyalahkan bekas penasihat BNM, Nor Mohamed Yakcop atas kerugian RM31.5 bilion yang ditanggung bank pusat itu dalam urus niaga forex pada 1992 hingga 1994.

Ia turut mengesyorkan polis menyiasat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan ketika itu, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

Pada Julai tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong dilaporkan berkata, penelitian ke atas cadangan RCI itu mendapati ada kekurangan keterangan dokumentari bagi membuktikan dakwaan itu.

Ini kerana, katanya, kejadian itu berlaku lebih 25 tahun lalu dan dokumen asal mengenainya gagal diperolehi.

Najib berkata, selepas syor RCI berkenaan dikeluarkan, sehingga kini masih tidak ada seorang yang pernah didakwa atau bertanggungjawab atas kehilangan dana berkenaan, atau disabitkan kesalahan kerana menyorok perkara berkenaan dari pengetahuan awam.

“Apakah saranan dikeluarkan suruhanjaya itu boleh diketepikan begitu sahaja dengan mengklasifikan kes ini sebagai “tiada tindakan lanjut” (No Further Action),” katanya.

UTAMANAJIB RAZAKNajib persoal tiada tindakan berhubung RCI Forex

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium