32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Najib: Publisiti Rampasan Barang Malukan Keluarga

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menyelar anggota polis yang meminta makanan disediakan untuk mereka ketika menyerbu rumah anaknya.

Dalam kenyataan dikeluarkan peguamnya, Harpal Singh Grewal hari ini, bekas Presiden UMNO itu turut melabelkan polis melakukan serbuan sebagai sombong dan tidak bertanggungjawab.


“Ini ditunjukkan dengan cara anggota polis mengambil makanan dan coklat dalam peti sejuk,” katanya sambil menambah publisiti berhubung rampasan barang memalukan keluarganya.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman menjalankan pemeriksaan serentak sejak Rabu lalu di Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya dan kediaman peribadi Najib di Jalan Langgak Duta serta tiga unit kondominium mewah di Jalan Raja Chulan.


Hasil pemeriksaan itu menyaksikan polis merampas 284 kotak mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah dan 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis mata wang dan barangan berharga.

Selasa lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menjangka pertuduhan akan dibuat ke atas Najib, susulan dakwaan menyeleweng dana 1MDB


https://pakdin.my/tag/najib-razak

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan