Najib: Rakyat akan dibebankan dengan kenaikan berganda harga barangan kerana SST - pakdin.my

#KERAjaanKencingRakyat

Datuk Seri Najib Razak menjangkakan rakyat akan dibebankan dengan kenaikan berganda harga barangan apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mula dilaksanakan Sabtu ini.

“Ada sesetengah barang kesannya berganda, maknanya 10 peratus bagi barangan, tapi servis, contohnya perkhidmatan lori juga dikenakan enam peratus, akhirnya rakyat akan tanggung kenaikan yang agak besar kesannya,” katanya.

Rakyat dijangka akan dibebankan dengan kenaikan berganda harga barangan apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mula dilaksanakan Sabtu ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ada beberapa barangan yang dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus, turut disertai dengan cukai perkhidmatan enam peratus, menyebabkan kesan rantaian kenaikan harga kepada rakyat.

“Ada sesetengah barang kesannya berganda, maknanya 10 peratus bagi barangan, tapi servis, contohnya perkhidmatan lori juga dikenakan enam peratus, akhirnya rakyat akan tanggung kenaikan yang agak besar kesannya.

“Tayar pula jika sebiji kira-kira RM400 hingga RM500, kalau 10 peratus (cukai jualan) dah RM50, pasang pula kena enam peratus (cukai perkhidmatan), kalau empat biji tayar berapa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Tahlil dan Solat Hajat Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Ke-61 di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden Pemantau Malaysia Baharu yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, Mohd Zahid Mahmood.

Najib berkata, kejatuhan nilai mata wang Ringgit yang berlaku sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan juga akan memberi impak pada harga barang.

“Mata wang kita sekarang dah RM4.13, sebelum pilihan raya RM3.85. Ada orang kata kalau Najib ada, nilai ringgit akan jatuh tapi sekarang Najib tak ada? Itu masing-masing jawablah,” katanya dalam nada sinis.

Pada 20 Ogos lalu, Dewan Negara meluluskan semua RUU berkaitan SST merangkumi RUU Cukai Jualan 2018, RUU Cukai Perkhidmatan 2018, RUU Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) (Pemansuhan) 2018, RUU Kastam (Pindaan) 2018 dan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018.

RUU Cukai Jualan dan Perkhidmatan 2018 yang menggantikan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diluluskan tanpa pindaan menerusi undi sebulat suara.

…………
Sumber:
https://pakdin.my/tag/sst

 

UTAMAEKONOMINajib: Rakyat akan dibebankan dengan kenaikan berganda harga barangan kerana SST

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium