25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 19, 2020

NAJIB RASMI JAMBATAN BATANG SADONG, SARAWAK

SADONG JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad merasmikan Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48km bernilai RM231 juta yang dijangka merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan ini.

Beliau berkata pembinaan jambatan itu berjaya disiapkan dua minggu lebih awal daripada perancangan di samping kosnya lebih rendah RM12 juta berbanding pengumuman awal.

Najib menegaskan projek itu adalah bukti komitmen kerajaan untuk membangunkan kawasan terutama luar bandar menerusi pembangunan rangkaian perhubungan jalan raya yang baik, selesa dan selamat.

“Ini semua rahmat bagi kita. Selain jaminan keselamatan, ia juga akan merancakkan pertumbuhan ekonomi penduduk kawasan ini, potensi hasil pertanian kawasan ini juga boleh dipertingkatkan,” katanya semasa merasmikan jambatan itu.

Najib berkata beliau meluluskan pembinaan jambatan itu secara spontan semasa melakukan tinjauan mesra ke kawasan berkenaan pada 2011 selepas mendengar kesukaran penduduk setempat di samping kepentingan mewujudkan rangkaian jalan raya untuk penduduk pesisir pantai yang tidak ‘disinggahi’ Lebuhraya Pan Borneo.

Bagi melengkapkan jajaran jalan pesisir pantai, Najib berkata satu lagi jambatan dirancang untuk dibina merentasi Sungai Batang Lupar bernilai RM1 bilion yang pembinaannya dijangka dimulakan pada 2018.

Beliau berkata apabila siap jambatan sepanjang kira-kira 5km yang dilaksanakan secara perkongsian 50-50 antara kerajaan negeri dan persekutuan itu, ia dijangka berstatus jambatan terpanjang di Sarawak, yang ketika ini dipegang oleh jambatan Batang Sadong.

Katanya beberapa jambatan lagi yang sedang dirancang atau sudah diluluskan untuk menyediakan jajaran jalan pantai yang lebih lengkap dan selesa adalah jambatan Batang Samarahan (anggaran RM112 juta), Batang Igan (RM300 juta), dan jambatan Batang Rambungan (RM130 juta).

Najib berkata inilah janji kerajaan yang tidak pernah diabaikan, kerana bagi kerajaan apabila berjanji, janji ditepati.

Antara yang turut hadir di majlis pagi Ahad ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg yang mewakili Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

20161218-najib-razak-rasmi-jambatan-sadong

Berita Berkaitan

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Kluster ini telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ke-3 Adalah amat penting memberi maklumat secara jujur sekiranya mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19,...
00:02:14

[Video] 2 ADUN dari UPKO keluar parti menyokong PN – Warisan bakal tumbang

Kerajaan Warisan Sabah bakal tumbang? Di percayai 32 ADUN Sabah bersama PN dan 32 Surat Akuan Bersumpah (SD) telah bersedia untuk di serahkan kepada...

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

Berpunca daripada seorang kakitangan bank yang mementingkan diri sendiri tidak melakukan kuarantin diri sekembali dari Itali Sebagai pembawa beliau telah menularkan kepada staff...

Enggan berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan dalam satu majlis

Menurut laporan portal tempatan, kesemua individu berkenaan dipercayai merupakan ahli Kumpulan Sarawak For Sarawakians (S4S) yang bertindak demikian sebagai tanda protes terhadap janji kerajaan Persekutuan kepada negeri itu yang tidak dipenuhi.

MP Kudat pertahan dakwaan Veveonah menipu

Timbalan Menteri sudah minta maaf atas kenyataan beliau menafikan Veveonah tidak mengambil peperiksaan diatas pokok tetapi beliau memanjangkan cerita kononnya hati terluka, maka berpanjangan...

Warisan nafi khabar angin tinggalkan Pakatan Harapan

Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan khabar angin kononnya parti itu meninggalkan rakan sekutunya, Pakatan Harapan (PH) seperti kenyataan tular di media sosial sejak kelmarin. Setiausaha...

[Video] TYT melangkaui kuasa memecat Musa; kes bukan akademik

Mahkamah Persekutuan mengesahkan tindakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk melucut jawatan Musa Aman pada bulan Mei 2018 telah melangkaui kuasanya dan...

Pesuruhjaya Polis Sarawak positif COVID-19

Aidi kini dikuarantin di Hospital Umum Sarawak Isterinya dan beberapa kakitangan telah diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19 Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail disahkan...

“Tiada komen, biar reda dulu” – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, enggan membuat sebarang ulasan atau membalas kenyataan bantahan dilakukan sekumpulan pemimpin parti...

Pembubaran DUN Sabah: Mahkamah Rayuan tolak rayuan Musa Aman dan 32 ADUN

Mahkamah Rayuan pada Selasa menolak rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan pembubaran Dewan Undangan...

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,342PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...