Home / KHAS / 1MDB / Najib sekali lagi ditahan SPRM untuk pendakwaan esok

Najib sekali lagi ditahan SPRM untuk pendakwaan esok

SPRM hari ini mengesahkan bahawa pihaknya telah menahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kes 1MDB yang berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

Dalam satu kenyataan media, SPRM memaklumkan penahanan itu dibuat pada jam 4.13 petang di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

“Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

“Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (20 September), jam 3.00 petang untuk pertuduhan di mahkamah,” katanya.

Selain itu, menurut kenyataan berkenaan, SPRM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah esok.

Ini bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sebelum ini, bekas presiden Umno itu sudah dihadapkan dengan tujuh dakwaan berhubung syarikat subsidiari 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

……..
http://pakdin.my/tag/sprm

http://pakdin.my/tag/najib-razak

(Visited 11 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

7 comments

  1. Ruslan Ismail

    Atas kesalahan apa pulak tu..selagi berkuasa jlnkan lah kuasa..harap2 tak salah silap guna kuasa dah lah..ingat doa org teraniaya cepat lambat aje ditunjukkan..itu janji Maha Berkuasa..dgn izin

  2. Kay Jay

    Masya allah..apa lg yg nk dituduh dn difitnahkn kpd DSNR…aku nk ingatkn dn JGN lupa doa org ramai yg menyanyangi dn bersimpati dgn DSNR boleh menghancurkn kerajaan yg zalim

  3. Ina Akiena

    Semoga mereka2 yg menganiaya dsn di beri balasan yg setimpal…

  4. Nur Nur Aziah

    Selagi xmsk jail selagi tu nk dakwa cr dan korek pa yg dpt dakwa…xfhm

  5. Rosli Hashim

    Bagus lagi cepat selesai jadi rakyat tahu siapa benar dan siapa tidak jadi senang nak undi PRU 15

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.