28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Najib Sertai Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi Kelilingi Putrajaya @NajibRazak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memakaikan topi keledar kepada seorang “Junior Bikers” sempena perhimpunan 1Malaysia Bike Week 2012 di sini hari inI.
Turut sama Menteri Pertahanan yang juga Pengerusi Eksekutif Gabungan Persatuan Superbike Malaysia (SAM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa kira-kira 45 minit menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi mengelilingi Putrajaya sejauh 18 kilometer bermula di perkarangan Istana Kehakiman di sini.

Konvoi yang mengandungi hampir 6,000 motosikal berkuasa tinggi perlbagai jenis itu dianjurkan sempena penutup 1Malaysia Bike Week (1MBW) 2012.

Turut serta ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Eksekutif Superbikes Association of Malaysia (SAM) dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Najib sebelum itu turut berkonvoi dari kediaman rasmi beliau ke acara penutup 1MBW itu.

Dalam ucapannya, Najib menyifatkan pengalaman berkonvoi dengan motosikal itu sebagai pengalaman baharu pada usia beliau sekarang.

Najib menarik perhatian bahawa sebagai ahli politik dan Perdana Menteri, pelbagai ujian terpaksa dilalui namun biasanya ia tidak begitu mencemaskan.

“Sebagai ahli politik kita dijemput melancarkan sesuatu majlis perasmian atau perhimpunan yang mana kita dikehendaki untuk tandatangan atas plak. Itu tidaklah sesuatu yang bahaya atau mencemaskan.


“Kadang-kadang jika majlis melibatkan belia dan orang muda, kita dikehendaki menendang bola supaya masuk gol dari sudut penalti. Itupun kadang-kadang merbahaya tetapi biasanya tidak kerana penjaga gol dipesan supaya tidak menyelamatkan bola itu.

“Kalau kita dijemput melancarkan sesuatu majlis melibatkan Orang Asli, kita disuruh menyumpit, itupun tidak begitu bahaya dan mencemaskan kerana sasaran biasanya belon,” kata Najib.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata perlindungan semaksimum mungkin telah diambil oleh pihak penganjur berhubung penyertaannya dalam konvoi itu.

“Hari ini saya dapat pengalaman baru, pengalaman orang muda dan saya faham mengapa orang muda menjadi peminat dan penunggang superbike kerana ia satu riadah dan kegiatan yang membawa begitu banyak keselesaan dan keriangan, apatah lagi dilakukan beramai-ramai,” katanya.

Konvoi 1MBW 2012 anjuran SAM dengan kerjasama Media Prima Berhad bermula Selasa lalu dan melibatkan 438 motosikal berkuasa tinggi yang menjelajah sejauh 1,828 km ke sekitar Semenanjung Malaysia, bermula di Johor.

Ia berakhir di sini dengan penganjuran perhimpunan terbesar motosikal berkuasa tinggi melibatkan 6,630 motosikal dan 7,740 peserta.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan