Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah bersetuju untuk ditemu bual dan diambil keterangan bagi membantu siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bagaimanapun berkata, pihaknya masih menunggu tarikh yang sesuai untuk berbuat demikian yang diharapkan dapat dijalankan sebelum akhir tahun ini.
“SPRM sudah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan beliau sendiri sudah bersetuju untuk diambil keterangan serta memberi penjelasan berhubung isu yang berkaitan dengan siasatan ini,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri perbarisan tamat latihan Kursus Asas Pegawai SPRM di Dataran Kawad Kompleks SPRM Johor di sini, hari ini.
Abu Kassim turut menjelaskan bahawa SPRM sedang mengambil tindakan yang perlu bagi melengkapkan siasatan terhadap dua kes terbabit dalam kadar yang segera sebelum akhir tahun ini.
Katanya, ia termasuk dapat mengakses dua pengarah SRC International yang masih berada di luar negara untuk diambil keterangan memandangkan mereka juga adalah saksi penting dalam siasatan terbabit.
Najib setuju SPRM ambil keterangan https://t.co/mJj52crumy https://t.co/R4Dd4A92sX
Najib setuju SPRM ambil keterangan – pakdin.my https://t.co/rNozlUoq8V
Najib setuju SPRM ambil keterangan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Perdana Menteri,… https://t.co/HQoxXOgYKn
Najib setuju SPRM ambil keterangan https://t.co/6OvQ8BQRXD
bulan puasa itu hari.. saya percaya beno dengan Special Task Force.. rupa2 nya..aduii
.. apa juga yang deme cakap sekarang ni, pada saya semuanya wayang..
Raja Alias liked this on Facebook.
Mohd Fadzil liked this on Facebook.
Siapa yang main wayang sebenarnya. Sampaikan Peguam Negara terpaksa mengarah SPRM
http://pakdin.my/rm2-6-bilion-saya-dah-beritahu-najib-dia-perlu-beri-keterangan-apandi/
http://pakdin.my/di-mana-tong-kooi-ong-sprm-sengaja-lewatkan-siasatan-src-international/
Dulu aku pun ingat SPRM diikat tangan, rupanya SPRM pun cuba berkonspirasi. Sengaja lengahkan siasatan sehingga selepas Perhimpunan Agong UMNO supaya persepsi boleh dimainkan di Perhimpunan nanti.
rpk tu cari makan bro..
serupa tun faisal juga
Bila kena henjut baru sibuk SPRM.. kenapa?
Hairi Azerin liked this on Facebook.
Grant Donchinchai liked this on Facebook.
Azlan Bpr liked this on Facebook.