30.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Najib tanggung dosa jika haji ditaja 1MDB dari sumber haram

#MalaysiaMemilih #PakatanPHitnah #Mahafiraun, #Mahazalim #PenyamunForex

Kalau duit curi adalah lebih baik Mahathir buat laporan polis, siasat dan dakwa. Bukan cakap tanpa bukti memainkan emosi rakyat dan mengajak mereka memfitnah.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata jemaah haji yang pernah dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang terhadap tajaan diterima ketika menunaikan rukun Islam ke-5.

“Golongan berkenaan tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan adalah dari sumber halal.

“Saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga sedih kerana ramai rakyat beragama Islam berpendapatan rendah tidak lagi menerima bantuan haji daripada kerajaan.


“Dr Mahathir adalah silap untuk mendakwa wang yang digunakan 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji, adalah hasil curi,” katanya menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mengulangi penafiannya terbabit dalam sebarang salah laku atau mengambil dana awam untuk keuntungan peribadi dan menegaskan bahawa jika beliau didakwa di mahkamah, maka ianya kerana alasan politik.

“Saya ingin ulangi, bahawa saya tidak menerima faedah mahupun mencuri wang dari 1MDB atau mana-mana pihak.

“Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktikan saya tidak bersalah,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika berucap dalam majlis di Tokyo berkata kerajaan memberhentikan penghantaran jemaah untuk menunaikan haji dengan menggunakan wang yang dicuri.

Beliau dilaporkan menyindir Yayasan 1MDB yang menaja perjalanan haji percuma.

“Ramai orang tidak akan dapat melaksanakan haji kali ini kerana kerajaan tidak akan membayar haji mereka dengan wang yang dicuri.

“Jika anda mahu, kita boleh mencuri dan bayar, tetapi kita tidak percaya pada cara mencuri wang,” kata beliau di hadapan warga Malaysia yang menetap di Jepun.
————
Facebook Najib Razak:
https://web.facebook.com/najibrazak/posts/10155393948460952

Di sebalik meyakinkan ramai rakyat Malaysia sebelum Pilihanraya Umum ke-14, kononnya saya mencuri berbilion dana 1MDB, Tun Mahathir kini berkata, tanpa bukti kukuh, menahan atau mendakwa saya di mahkamah adalah tidak mudah.


Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.

Dengan berkata demikian, Tun Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh.

Ia juga membuktikan kertas pertuduhan yang didakwa sudah disediakan untuk mendakwa saya pada 2015 adalah tidak benar dan sebahagian dari konspirasi menggunakan individu tertentu di dalam pentadbiran kerajaan untuk menggulingkan saya.

Pada ketika itu, kenyataan saya tidak pernah diambil oleh SPRM, justeru bagaimana pula ada kertas pertuduhan?

Hanya sekarang, mereka mahu melakukan justifikasi kepada tuduhan mereka dengan mencari ‘bukti’, sama ada ia benar, diimaginasikan atau direka.

Saya ingin ulangi, bahawa saya tidak menerima faedah mahupun mencuri wang dari 1MDB atau mana-mana pihak. Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktikan saya tidak bersalah.

Berbeza dengan Perdana Menteri ke-4, anak saya tidak memiliki syarikat senarai awam, memiliki kereta mewah ‘supercar’ bernilai berjuta Ringgit dan tidak pernah dianugerahkan kontrak kerajaan atau menjalankan perniagaan dengan kerajaan.

Selain itu, saya juga sedih apabila ramai rakyat beragama Islam berpendapatan rendah di negara ini yang memerlukan bantuan bagi memenuhi tuntutan agama menunaikan Haji, kini tidak lagi menerima bantuan dari kerajaan.


Tun Mahathir adalah silap untuk mendakwa wang yang digunakan 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji, adalah hasil curi.

Tun Mahathir kerap membuat dakwaan duit dicuri dari 1MDB. Bagaimana agaknya, 1MDB mencuri wang 1MDB sendiri untuk membolehkan syarikat ini membiayai jemaah haji?

Jemaah haji yang dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan untuk membantu mereka menunaikan Rukun Islam ke-5 ini adalah dari sumber halal kerana saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya.

———–
Rujukan:

https://www.malaysiakini.com/news/429201
https://pakdin.my/tag/1mdb

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan