Najib telah menghalang Mahathir daripada membawa dana peribadi RM1.194 trilion kembali ke Malaysia - pakdin.my

#Mahafiraun #BapakPenyamunNegara #BapakKroniNegara

Imbas kembali: Kenyataan Media oleh Chong Zhemin, Setiausaha Politik kepada Pengerusi DAP Perak dan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi Perak DAP pada 8 Disember 2015

Bekas kawan Tun Mahathir, Abdul Hamid, mendakwa bahawa alasan Mahthir menyerang Najib adalah kerana Mahathir tidak dapat memindahkan RM1.194 Trilion dana balik ke Malaysia. Abdul Hamid juga mendakwa bahawa Najib sebagai Menteri Kewangan enggan menandatangani pemindahan dana RM1.194 Trilion itu.

Pendedahan ini jika benar, kedua-duanya mengejutkan dan hangat kerana ia tidak hanya menetapkan satu tetapi tiga rekod dunia.



Pertama, RM1.194 Trilion (USD 279 Bilion) akan menjadikan Mahathir sebagai orang terkaya di dunia, di mana nilai bersihnya adalah 3.5 kali lebih tinggi daripada ‘2015 Forbes Richest man in the world’, Bill Gates bernilai USD 79.2 Bilion.

Kedua, dana RM1.194 Trilion yang dimiliki oleh Mahathir akan menjadikannya satu-satunya mantan perdana di dunia yang mengumpulkan kekayaan yang bersamaan 4.47 kali belanjawan negara. Jumlah perbelanjaan negara dalam bajet 2016 ialah RM267 bilion.

Ketiganya, Mahathir juga akan menjadi satu-satunya perdana menteri di dunia yang mengumpulkan kekayaan yang dapat melunasi seluruh hutang luar negara di dunia. Hutang Luar negeri Malaysia pada masa ini berjumlah RM 740.7 Bilion.

Mahathir mesti membersihkan diri bagaimana beliau boleh mengumpul jumlah kekayaan yang 3.5 kali lebih besar daripada nilai bersih Bill Gates, 4.47 kali belanjawan negara dan 1.6 kali hutang luar negeri negara. Dia mesti mendedahkan sumber pendapatannya dan juga jumlah cukai yang dia bayar untuk mengumpul begitu banyak kekayaan.
……………
Sumber:
Chong Zhemin

Rujukan:
https://pakdin.my/?s=kekayaan+mahathir


UTAMAPOLITIKNajib telah menghalang Mahathir daripada membawa dana peribadi RM1.194 trilion kembali ke...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium